” You nak menyanyi, nyanyilah sorang. Jangan libatkan I.. ” – Dato’ Aliff Syukri sentap dan ‘panas’ apabila Datin Shahida dan Hafiz Hamidun suruh nyanyi lagu nasyid

” You nak menyanyi, nyanyilah sorang. Jangan libatkan I.. ” – Dato’ Aliff Syukri sentap dan ‘panas’ apabila Datin Shahida dan Hafiz Hamidun suruh nyanyi lagu nasyid

Jika sebelum ini Lagu Bobo Di Mana nyanyian Dato’ Aliff Syukri bersama Nur Sajat dan Lucinta Luna dikecam netizen, tapi kali ini isteri usahawan kosmetik terkenal ini, Datin Shahida meminta Dato’ Aliff untuk menyanyikan lagu nasyid pula.

Menerusi akaun instagram, Datin Shahida ada memuatnaik satu video bersama Dato’ Aliff dan penyanyi, Hafiz Hamidun. Dalam video berkenaan, Datin Shahida dan Hafiz Hamidun ingin membuat lagu nasyid untuk Dato’ Aliff pula selepas ini.

Dato’ Aliff kelihatan sentap dengan pelawaan itu dan berkata jangan ajak beliau menyanyikan lagu nasyid kerana tidak bersesuaian dengan dirinya. Tambahnya lagi, beliau dan isterinya ada haluan berbeza.

Beliau tidak marah isterinya ingin menyanyi tetapi jangan ajak beliau menyanyikan lagu nasyid. Kemudian Dato’ Aliff meninggalkan bilik itu dalam keadaan ‘panas hati’ dikritik oleh Hafiz Hamidun dan isterinya sendiri.

Jom tonton video penuh di bawah :

” Ni video hari tu jumpa dgn @hafizhamidun….. kita suruh @aliffsyukriterlajaklaris nyanyi sbb @hafizhamidun dan buat lagu dah tinggal nyanyi je…… “

” Insya Allah kita pastikan dia nyanyi lagu nasyid… dia mmg tau suara dia x berapa nak sedap tapi sbb suka jadi retis kita usahakan lah ya dia jadi retis nasyid… siapa sokong ???,. “

” Sbb hari tu @aliffsyukriterlajaklaris tanya kalau dia buat nasyid ada x org nak dgr, tgk byk feedback positif .. “

Rata-rata netizeen menyokong sekiranya Dato’ Aliff nak menyanyikan lagu nasyid. Antara komen-komen netizen :

nurussaadeah : 10 juta kali lebih baik dato nyanyi nasyid berbanding lagu bobo merepek meraban tu dato.

_shafika92_ : Dato Aliff syukri tu suka nyanyi lagu hiburan je datin …datin le nyanyi suara datin merdu sedap ..

nita_zahari : kalau bkn nasyid pun ok. janji jgn buat benda yg bley mendtgkan fitnah. jgn nyanyi genre yg mendtgkan fitnah. berdosa bila buat perkara yg mendtgkan fitnah. maaflah sy bknlah pandai hukum agama. sian anak2 sbb nnti takut anak2 rasa ooo…. ok kot sbb abah pun buat. kita dlm zaman fitnah ni…. mcm2 bley jadi.

roziyati.sulaiman.965 : saya sokong dato nyanyi lagu nasyid yg berunsurkn nasihat tuk semua org islam dan lagu tu akan jd ikutan semua org akan nyanyikn..

imanibalqis : Go datin..! Pujuk dato sampai dia mau duet nasyid ngn datin.. Mesti trending caw2..

roseyhussyin : @aliffsyukriterlajaklaris sahut cabaran malu lah dato sentap ke? kena nyanyi lagu nasyid…teringin nak dengar dato nyanyi lagu berunsur dakwah ..

lailatunazimah_multilovecake : Kalau nasyid sy sokong sgt datin.. Sbb suara dato @aliffsyukriterlajaklaris ni ok la jugak bile nyanyi.. Hehehe.. Lagu yg dgn 2org tak yah buat lg tau.. Bobo tu last tau!!! Jgn buat lg tau.

Alahai Datin, suka tau menyakat Dato’ Aliff sampai sentap Dato’ Aliff dibuatnya. Apa-apa pun mesti ramai yang nak dengar kalau Dato’ Aliff rekod dan nyanyi lagu nasyid. Tak ada lah ramai yang ‘dislike’ lagi lepas ni video Dato’ Aliff di youtube. Betul tak ?

Sumber : IG Datin Nur Shahida Mohd Rashid by Berita Kopak