Lelaki Ini Beli Ikan Di Pasar. Sedang Menyiang Ikan, Dia Lihat Ada Sesuatu Yang Pelik…

Lelaki Ini Beli Ikan Di Pasar. Sedang Menyiang Ikan, Dia Lihat Ada Sesuatu Yang Pelik…

SEBUAH video yang menjadi viral di media sosial menunjukkan keluhan seorang lelaki mengenai ikan yang dibelinya dari pasar.

Berniaga sememangnya bukanlah perkara yang mudah dan tidak semuanya peniaga akan mendapat untung besar dari perniagaannya. Lebih-lebih lagi jika berniaga barak yang mudah buruk dan mudah layu seperti barang-barang basah. Tentu sekali ianya memberikan kesan kepada pembeli yang melihatnya.

Sila LIKE Facebook Berita Kopak Untuk Cerita Dan Berita Menarik!

Kesan dari itu, ramai peniaga tidak mahu mengambil risiko sehingga melakukan helah agar barang jualannya tetap laris walaupun kualitinya sudah berkurangan.

Begitulah yang dilakukan oleh peniaga di pasar ikan Kuwait. Sebuah video yang menjadi viral di media sosial menunjukkan keluhan seorang lelaki mengenai ikan yang dibelinya dari pasar tersebut.

Pada hari Jumaat (31/8/2018) yang lalu, seorang pengguna Facebook bernama Ayman Mat memuatnaik sedang mencuci ikan yang dibelinya dari pasar. Ayman membeli ikan di pasar Kuwait tanpa ragu-ragu. (Facebook/Ayman Mat ).

Supaya tetap laris, sebuah gerai menjual ikan membuat helah supaya ikan-ikannya kelihatan masih segar. Ketika mencuci ikan tersebut, Ayman mendapati ada keanehan pada ikan yang dibelinya dari pasar.

Mata ikan yang pada mulanya kelihatan biasa, rupa-rupanya hanya tiruan selepas Ayman melepasnya.

Rupa-rupanya gerai peniaga ikan meletakkan mata plastik yang biasa digunakan untuk patung mainan pada kepala ikan untuk membuatnya kelihatan masih segar.

Video yang dikongsikan Ayman ini telah menjadi viral setelah ditonton lebih dari 50 ribu kali di media sosial.

Kejadian ikan bermata segar ini membuatkan media sosial Twitter dan Facebook menjadi perbincangan netizen. Perdebatan netizen semakin membuatkan video Ayman Mat ini tular di Facebook mahupun Twitter. Ramai yang menganggap taktik licik peniaga sangat merugikan pembeli dan boleh menyebabkan pengguna mendapat penyakit.

Mereka meminta peniaga membayar denda di atas tipu helahnya. Tetapi ramai juga yang membuat troll dari kisah ikan bermata palsu tersebut. Ada yang mengatakan ikan pun memakai contact lens. Mereka mengatakan peniaga tersebut memilik idea yang tersendiri untuk strategi pemasaran.

Walaupun begitu, Kementerian Perdagangan Kuwait mengatakan perkara itu adalah melampau dan mengambil tindakan dengan menutup gerai ikan terbabit.

Tonton VIDEO Penuh Di Bawah

Apa Pendapat Anda?

Silakan SHARE Untuk Cerita dan berita Menarik!

Sumber : Facebook Ayman Mat / Terjemahan Beritakopak.org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *