UNIK !! Pasangan Ini Menamakan Ketiga-Tiga Bayi Kembar Ini Dengan Nama AVANZA. TAK SANGKA Ini Sebabnya !!

UNIK !! Pasangan Ini Menamakan Ketiga-Tiga Bayi Kembar Ini Dengan Nama AVANZA. TAK SANGKA Ini Sebabnya !!

SATU lagi berita kelahiran tular di media sosial.

Bukan sahaja kerana bayi yang dilahirkan adalah bayi perempuan kembar tiga, tetapi juga kerana mereka dilahirkan dalam sebuah kereta Toyota Avanza dan ketiga-tiga bayi itu diberi nama Avanza.

Kejadian berlaku pada 27 Ogos ketika Azri Prihatna, menghantar isterinya yang sedang sakit untuk bersalin ke hospital.

Isterinya, Mumun Muafiyah berasa sakit lebih awal walaupun mengikut perkiraan doktor dia akan melahirkan bayi pada 22 September ini.

“Tapi dia berterusan sakit sejak jam 6 pagi. Saya yang sedang berada di rumah memanggil saudara untuk menghantarnya ke hospital menggunakan kereta Avanza miliknya,” kata Prihatna memetik Kompas.com Selasa.

Prihatna dan isterinya, ditemani tiga saudaranya menaiki kenderaan itu untuk ke hospital.

Mengikut perancangan, mereka mahu bayi itu dilahirkan di RS Cilegon yang terletak lebih kurang 25 kilometer dari rumah.

Tetapi, disebabkan isterinya sudah tidak tahan sakit, mereka mengambil keputusan singgah di mana-mana klinik berdekatan.

-foto Okezone

“Baru jalan mungkin lima kilometer, isteri saya mengeluh sakit dan sudah ada yang nak keluar. Dibantu saudara saya, dia melahirkan anak pertama. Kami terus cari klinik terdekat,” katanya.

Bermula dengan anak pertama pada pukul 7.35 pagi, selang lima minit, anak kedua dan ketiga pula lahir dan pasangan ini mendapat tiga anak perempuan kembar.

“Selama ini imbasan hanya menunjukkan kembar dua. Terus lihat ada tak yang keempat, tak ada kembar empat. Jadi yang ketiga ini adalah satu kejutan,” katanya.

Sebaik sahaja anak ketiganya keluar, Prihatna tiba di klinik di Pulo Ampel dan terus menyerahkan isterinya kepada bidan untuk diberikan pertolongan segera.

Bagi meraikan kelahiran ketiga-tiga puterinya yang lahir di dalam kereta Avanza, dia menamakan mereka Nazrina Khaira Avanza, Nazrina Haura Avanza dan Nazrina Khaula Avanza.

“Nama adalah doa, saya lihat maksud Avanza bagus juga. Bererti maju, peningkatan. Harap-harap mereka membesar dengan sihat, cerdas dan terus memberi kebaikan kepada semua,” katanya.

Sumber : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *