Rakaman Kanak-Kanak Dilangg@r Kereta Sampai Terpelanting Di Laluan Pejalan Kaki Di Hadapan Sekolah

Rakaman Kanak-Kanak Dilangg@r Kereta Sampai Terpelanting Di Laluan Pejalan Kaki Di Hadapan Sekolah

Menerusi akaun instagram Kosmo Online, satu video rakaman kejadian seorang kanak-kanak dilanggar sebuah kereta ketika melintas di depan SRJKC di Sungai Nibong, Pulau Pinang kelmarin.

Kereta itu dilihat melanggar lampu merah dan tidak memberi laluan kepada kanak-kanak tersebut yang melintas di laluan pejalan kaki (zebra crossing). Mujur keadaan budak tu tidak terlalu serius.

Difahamkan kereta di bawa laju tapi tak sempat brek lebih awal. Kereta itu melanggar kanak-kanak itu sampai terpelanting ke hadapan. Seorang wanita (mungkin ibu kepada kanak-kanak itu) berlari ke arah kanak-kanak itu dan membawanya ke tepi jalan.

Kanak-kanak yang dilanggar itu kelihatan boleh bangun dan berjalan. Tidak dapat dipastikan sama ada pemandu itu turun daripada kereta atau tidak selepas melanggar kanak-kanak itu.

Rata-rata netizen marah dan mengecam sikap pemandu yang melanggar kanak-kanak itu. Antara komen-komen netizen :

nadzainal83 : Allahuakbar… Mmg byk sgt yg mcm ni… Kat depan skola sy pon byk kenderaan yg selamber je jln walaupon lampu merah, pd hal ade je yg nak melintas… Sian kat bdk skola la, kdg diorg jd takot nak lalu pd hal mmg time die utk jalan… Kalau slow tu xpe lg… Ni laju… Aduiii… Xde sivik mungkin…

rohanahasanbasri1 : Dh tau depan sekolah.. slow2 lah sikit..

haiqal.kz : Lampu pjalan kaki hijau, tp kereta tu…. aduhh

nnr.husna : Uish takutnya

Kepada ibu bapa, sila pimpin tangan anak anda ketika ingin melintas jalan. Walaupun lampu isyarat pejalan kaki berwarna hijau, jangan lupa untuk melihat kiri, kanan dan kiri semula terlebih dahulu sebelum melintas jalan. Malang tidak berbau, sila ambil langkah berjaga-jaga.

Kepada pemandu di luar sana, sila peka kepada lampu isyarat pejalan kaki. Tolong jangan main redah sahaja. Sama-sama ambil iktibar dengan video ini.

Apa pendapat anda ?

Sumber : IG Kosmo Online by Berita Kopak