” Bila tahu saya mengandung, saya tak happy langsung. Kalau ingat balik berd0sanya saya.. ” – Datin Shahida

Baru-baru ini kita mendapat berita gembira dan sedih daripada usahawan ternama Malaysia, Dato’ Aliff Syukri dan isterinya Datin Shahida. Berita gembiranya adalah, Datin Shahida kini sedang berbadan dua setelah setahun lebih melahirkan anaknya, Yusoff Alqardawi.

Berita sedihnya ialah, sepatutnya Datin Shahida hamil anak kembar. Tetapi tiada rezeki kerana salah seorang anak dalam kandungannya tidak dapat diselamatkan. Apa-apa pun pasti ada hikmah atas apa yang berlaku. Semoga tabah dengan ujian Allah ini.

Untuk pengetahuan semua, menerusi akaun Instagram sebelum ini Datin Shahida mendedahkan beliau pernah ke klinik untuk menggug0rkan kandungan anak ketiganya, Ibraheem Adham atau lebih manja dengan panggilan Baem.

Mengimbas kembali detik-detik ketika beliau berusia 27 tahun, Datin Shahida mengaku tertekan apabila mengetahui dirinya sedang hamil ketika ekonomi masih tidak stabil.

Semoga pendedahan Datin Shahida ini menjadi pengajaran buat semua. Jom baca perkongsian Datin Shahida di bawah :

” Dulu waktu mengandung baem anak2 semua kecik lagi… mengandung baem umur saya 27 tahun ….. waktu tu bila tau pregnant saya x happy langsung sbb sangat2 x nak ada anak lagi dgn ekonomi x berapa baik…… “

” Saya stress nangis siang malam pagi petang sampai pernah ke klinik nak gug0rkan kandungan….. Doktor kat klinik pun marah saya, tu lah manusia ni… rezeki duit nak rezeki anak dia tolak… “

” Terus saya terkedu dan berfikir kembali apa yg saya nak buat ni salah… saya teruskan kandungan walaupun dalam kemur0ngan….. (kalau ingat balik berd0sanya saya x terima rezeki Allah nak bg ni).. “

” Doktor tu cakap awak x kesian ke dekat anak awak ni dia dah ada jantung….. Nanti esok2 dia ni lah anak yg membahagiakan awak.. “

” Terus perasaan naluri ibu tu datang… saya x malu nak cerita sbb utk pengajaran kita semua..

” Ya sememangnya betul @baem_adham penghibur saya, seingat saya beberapa kali aja saya cuba nak puk0l dia yg lain x sempat sbb dia terus peluk dan cium je tiap kali saya mar4h… “

” Sekarang dah besar dah anak2 ni… x lama lagi dapat menantu (terover pula kan..) apapun bargai rezeki Allah bagi….. Insya Allah kita redha yg baik2 datang pada kita.. “

View this post on Instagram

Dulu waktu mengandung baem anak2 semua kecik lagi…mengandung baem umur saya 27 tahun ….. waktu tu bila tau pregnant saya x happy langsung sbb sangat2 x nak ada anak lagi dgn ekonomi x berapa baik……saya stress nangis siang malam pagi petang sampai pernah ke klinik nak gugurkan kandungan…..Doktor kat klinik pun marah saya,tu lah manusia ni…rezeki duit nak rezeki anak dia tolak…😭😭….terus saya terkedu dan berfikir kembali apa yg saya nak buat ni salah😔…saya teruskan kandungan walaupun dalam kemurungan…..(kalau ingat balik berdosanya saya x terima rezeki Allah nak bg ni)..Doktor tu cakap awak x kesian d ke dekat anak awak ni dia dah ada jantung…..Nanti esok2 dia ni lah anak yg membahagiakan awak..😭…Terus perasaan naluri ibu tu datang…saya x malu nak cerita sbb utk pengajaran kita semua.. . Ya sememangnya betul @baem_adham penghibur saya,seingat saya beberapa kali aja saya cuba nak pukul dia yg lain x sempat sbb dia terus peluk dan cium je tiap kali saya marah…sekarang dah besar dah anak2 ni…x lama lagi dapat menantu🤭(terover pula kan..) apapun bargai rezeki Allah bagi…..Insya Allah kita redha yg baik2 datang pada kita..

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Rata-rata netizen memuji ketabahan Datin Shahida menghadapi peristiwa lalu dengan begitu cekal sekali. Antara komen-komen netizen :

” Terinspirasi dgn crita datin ni,sbb now sya tgh mgndung ank ke2,belum sdia dr segi fizikal & mental.. apa2 pun kta kena yakin perancangan Allah itu lebih baik.. tq datin sbb bkongsi.. ”

” Selalunya begitu lah Datin ,anak yg kita x sedia menerima mrk tp mrklah yg menjadi kesayangan kita dikemudian hari. Allah itu maha mengetahwi ,bersyukurlah dgn setiap anugerah darinya.. ”

” @shahidadherbs Allahu terima kasih datin.. kadang2 terasa hati bersalah.. sbb niat mula2 tu… tp in shaa Allah semua ada hikmah… Allah lebih tahu umatnye… Terima kasih datin sudi reply sy… moga datin dan family sentiasa di rahmati dn di lindungi Allah s.w.t … in shaa Allah amin.. ”

” Rezeki kita pada setiap anak2 itu pasti ada.. anak2 itu pembawa rezeki dalam rumahtangga.. datangnya dalam pelbagai rupa dan berbeza.. ”

” Tabahnya wanita seperti awk @shahidadherbs ,yes btul tu peng0rbanan seorang ibu tidak ternilai drpd segunung emas,jadi anak pon kena lah hargai ibu bapa dan taatinya.. ”

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Baem dan anak-anak yang lain membesar dengan sihat, berjaya di dunia dan akhirat. Semoga Datin Shahida jaga diri baik-baik ketika mengandung kali ini dan semoga semua urusan dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datin Shahida by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..