Mila Jirin Terima Kejutan Hadiah Kereta Mercedes-Ben Berharga Lebih Setengah Juta Ringgit Daripada Suaminya

Mila Jirin Terima Kejutan Hadiah Kereta Mercedes-Ben Berharga Lebih Setengah Juta Ringgit Daripada Suaminya

SIAPA tidak kenal kepada selebriti tempatan yang pernah menempa zaman kegemilangan pada tahun 2007 ini. Mila Jirin sememangnya satu nama yang sudah dikenali dalam industri hiburan tanah air.

Memulakan langkah sebagai penyanyi dan pelakon, Mila kini mengembangkan sayap kejayaannya di dalam empat cabang perniagaan yang kini diusahakan bersama suami, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha.

Sejak mendirikan rumah tangga dengan suami yang juga bekas pengurusnya pada November 2015, Mila seakan memperlahankan perjalanan seninya. Rupa-rupanya Mila bukan menyepi begitu saja.

Ibu kepada Mohd Arif Zikri ini sebenarnya ligat merencana hala tuju hidup dengan menceburkan diri dalam bidang keusahawanan lebih 10 tahun lalu.

Menerusi posting terbaru yang dikongsikan Juara Akademi Fantasia musim ke 5 ini di laman Instagramnya, Mila memuatnaik gambar bersama hadiah yang diberikan oleh suaminya yang tercinta iaitu sebuah kereta mewah jenama Mercedes-Benz S 400L AMG yang berharga lebih daripada setengah juta ringgit.

” HADIAH dari MENTOR a.k.a Suami tercinta ” – Gembira tak terkata! Walau pada awalnya saya berfikir en suami hanya bergurau senda 2 hari lepas…. “

” Saya bertanya : ” Kenapa hadiahkan saya kereta ni?? ” Jawap en suami ” This is your dream car… and as a rewards for your achivement & effort to our business.. ”

” Saya bertanya lagi : “Siapa nak drive kereta ni?? ”

” Jawap en suami ” Driver lah takkan you ” HAHAHA.. “

” #Allahuakbar, segala nikmat ini milik ALLAH… Alhamdulillah, terima kasih @isz_mustapha for this GIFT… you know… u and Arif is the BEST GIFT for me and nothing can beat that #SweetTakSweetTak?? HAHAHA.. “

” Insya Allah moga Allah sentiasa memberi kekuatan & pertunjuk buat saya dan suami untuk mengemudi keluarga besar BIZMILLA.. “

“HADIAH dari MENTOR a.k.a Suami tercinta” – Gembira tak terkata! Walau pada awalnya saya berfikir en suami hanya bergurau senda 2 hari lepas🤣…. . . Saya bertanya : “Kenapa hadiahkan saya kereta ni??” Jawap en suami “This is your dream car…and as a rewards for your achivement & effort to our business” . . Saya bertanya lagi : “Siapa nak drive kereta ni??” Jawap en suami ” Driver lah takkan you 🤩” HAHAHA.. . . #Allahuakbar, segala nikmat ini milik ALLAH…Alhamdulillah, terima kasih @isz_mustapha for this GIFT…you know…u and Arif is the BEST GIFT for me and nothing can beat that 😁 #SweetTakSweetTak?? HAHAHA . . Insya Allah moga Allah sentiasa memberi kekuatan & pertunjuk buat saya dan suami untuk mengemudi keluarga besar BIZMILLA.. . . @bizmilla_catering @bizmilla_insya_hall_kl @bizmilla_amza_hall_kajang @bizmilla_trading @thebridalfactory

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on

” En suami send whatsapp… persoalannya “Siapa yang lagi sweeeeeettttt??” @isz_mustapha love u.. “

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Mila. Antara komen-komen peminat :

syafinaz1412 : Tahniah mila! Seronok tgk peniaga wanita melayu berjaya. Semoga Allah terus mengurniakan rezekiNya buat Mila sekeluarga. Dan semoga Mila sentiasa terpelihara dari segala perkara yang tidak elok.

kaknissss_ : Tahniah @mila_jirin smoga terus suksess dunia dan akhirat, doakn saya juga dpt jd mcm awak

acik_rohani : Alhmdulillah…syukur Tahniah Mila & Suami…moga success dunia akhirat… amiin ya Allah

iamslavesofallahswt : Alhamdulillah Mila sekeluarga… teruskan dgn lega si business yg dikendalikan abaikan kata2 manusia berhati busuk dan mendengki di atas Anugerah Illahi yang dikurniakan

kakcikniera : Alhamdulillah tumpang gembira.. Dri awal kemunculan @mila_jirin di AF kita thu mcm mana die struggle utk kehidupannya dn kuarga. Smga trus dmurahkan rezeki bahagia slamanya amin.

liza_jepun : Syukur alhamdulillah… rezeki dari Allah untuk Mila.. semoga dimurahkan rezeki seperti air yang mengalir… Aamiin

Bahagianya rasa jika diberi hadiah lebih-lebih lagi daripada insan yang kita sayangi. Tak kisah berapa pun nilai hadiah itu, asalkan pemberian itu ikhlas dan bermakna. Semoga Mila terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi.

Sumber : IG Mila Jirin by Berita Kopak