Jangan Kecam Dulu, Ini Sebabnya Geng LGBT Terima Zakat Di Selangor…

Jangan Kecam Dulu, Ini Sebabnya Geng LGBT Terima Zakat Di Selangor…

Polemik terbaru di media sosial mengenai isu golongan LGBT akan menerima zakat di Selangor menerima reaksi pelbagai daripada segenap lapisan masyarakat. Tetapi sebagai suatu badan yang berautoriti, Jawatankuasa Fatwa Negeri selangor sudah tentunya membuat kajian dan penilaian tentang perkara ini sebelum ianya diputuskan.

Menurut Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid. Golongan lesbian, gay, biseksual, dan transgender atau lebih dikenali sebagai LGBT merupakan antara penerima bantuan zakat Al-Riqab di Selangor.

Beliau berkata Fatwa Jenis Penerima Asnaf Al Riqab Negeri Selangor itu telah diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 14 Mei 2012, adalah ATAS DASAR-DASAR KEBAJIKAN DAN KASIH SAYANG DALAM ISLAM SUPAYA GOLONGAN INI TIDAK TERPINGGIR SERTA MERASA SEOLAH-OLAH DIDIKRIMINASI.

 Kredit Image : Sinarharian

“Di dalam fatwa tersebut telah dinyatakan senarai jenis penerima agihan asnaf Al Riqab yang layak menerima bantuan zakat berkenaan melalui perantaraan mana-mana institusi, pusat, NGO (badan bukan kerajaan) lslam dan individu perseorangan, yang dibenarkan oleh undang-undang dan hukum syara’.

“Pihak-pihak ini berfungsi melaksanakan tugas-tugas membebas, mengurus, melindungi, merawat dan memulih asnaf Al Riqab supaya dapat menjalani kehidupan sempurna secara lslam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid

Begitulah penilaian dan alasan zakat akan diberikan kepada golongan LGBT. Semoga ianya dapat memberi pencerahan kepada mereka yang kurang faham. Jaawatankuasa Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor adalah badan yang berautoriti dan membuat keputusan bukan berdasarkan politik.

Apa Pendapat Anda?

Silakan SHARE dan Semoga Bermanfaat

Sumber : Sinar harian