Telatah Siti Aafiyah Yang Aktif Dan Comel Buat Ramai Geram. Kenapalah Comel Sangat !!

Telatah Siti Aafiyah Yang Aktif Dan Comel Buat Ramai Geram. Kenapalah Comel Sangat !!

Menerusi akaun instagram, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada memuatnaik satu video anaknya, Siti Aafiyah yang sedang aktif bermain sendiri. Aksi Aafiyah yang comel memakai reben putih itu membuatkan netizen terhibur menonton telatahnya.

Ramai sedia maklum, Datuk Siti dan suaminya Datuk Khalid menunggu kelahiran Aafiyah selama 11 tahun perkahwinan mereka. Antara kata-kata Datuk Siti buat pasangan yang diluar sana yang masih belum mempunyai zuriat, bersangka baiklah dengan Allah. InshaAllah Allah akan perkenankan doa kita.

Aafiyah yang lahir pada 19 Mac yang lalu, kini baru berusia hampir 6 bulan. Malah Aafiyah mempunyai peminatnya yang tersendiri sejak hari kelahirannya.

Walaupun Datuk Siti jarang memuatnaik gambar dan video Aafiyah, peminat tetap menunggu update terkini Datuk Siti di instagramnya.

Jom tonton video penuh Aafiyah yang comel ini :

” Geram macam nak gigit #ketapbibir.. “

geram macam nak gigit #ketapbibir 😬😬😬

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Alahai Datuk Siti, panggil nama Aafiyah pun sudah merdu, inikan pula menyanyi kan ? Rata-rata peminat terhibur dengan aksi Aafiyah yang aktif dan comel ini. Antara komen-komen peminat :

aidajohor : Dpt tengok je lah anak dato nii.. geram.. comel sgt.. semoga sihat2 selalu.. dan semoga di lindungi Allah..

ivmist_charm : Kalau ibu @ctdk pun geram tengok Aafiyah sampai ketap bibir. Kami lagi rasa nak gomol pelok bawak tdo

sarlynn155 : kenapa aafiyah nie comel sgt….. geramnya onty tgok….. bulat mata…. pipipau

eymashary : Hahahaha .. yg last tu kelakar tengak .. habis semua benda nk ketuk.. hihihihi comei dia..

authentic_babykids : Comelll sangattt.. gewwamm. Nak pinjam Aafiyah sehari boleh daq? Hihi

nurzarry : Comelnya baby aafiyah… kening cantik mcm kena lukis…

harilrahim : Tak tau nape, kalau tengok Aafiyah rasa syahdu sangat. Tak sangka datang juga dia dalam hidup @ctdk dan suami. Alhamdulillah.

Semoga Aafiyah membesar dengan sihat dan menjadi insan yang berguna kepada ibu bapa, keluarga, agama, bangsa dan negara. Semoga berjaya di dunia dan akhirat. Amin..

Sumber : IG @ctdk by Berita Kopak