” Tahniah.. Matyip bakal jadi abang.. ” – Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam Umum Bakal Timang Anak Kedua

” Tahniah.. Matyip bakal jadi abang.. ” – Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam Umum Bakal Timang Anak Kedua

Menerusi akaun instagram, Syatilla Melvin berkongsi berita gembira sedang hamil anak kedua. Sebelum ini, kakak iparnya, Zizie Ezette mengumumkan sedang mengandung anak ketiga.

Syatilla memuatnaik gambar bersama suaminya, Shaheizy Sam yang sedang memegang gambar imbasan ultrabunyi dDengan hashtag #sumpahtakkomplotdengankakipaq.

Pasangan ini tidak sangka kehamilan secepat ini kerana Syatilla pernah mengalami keguguran pada bulan Julai yang lalu. Alhamdulillah ada hikmah apa yang berlaku. Syatilla mengatakan Allah nak bagi hadiah istimewa sempena hari lahir suaminya, Sam.

Shaheizy dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki pada 9 Mei 2017 yang diberi nama Syeriv Samheizy atau nama panggilan mesranya Mat Yip.

” Alhamdulillah tak putus rezeki Allah bagi. ada hikmah bulan lepas tilla gugoq sebab mungkin Allah nk bgi birthday present kt baby besaq ni, besday besday laki ku.. “

” Sama2 doakan kami supaya baby ni sihat sampai keluaq tgok donia nnti.amin ya rab.. #sumpahtakkomplotdengankakipaq”

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan semua urusan dipermudahkan. Ramai yang tak sabar nak tengok muka adik Mat Yip bila lahit nanti. Antara komen-komen netizen :

dayangliman65 : Tahniah tilla n sam…semoga d permudahkan bsalin dan c ibu dan c baby sentiasa sihat dlm lindungan Allah… Aamiin..

susumaaez_irs105 : Tahniah.. Matyip bakal dapat adik.

izaidahahmad : Bru je hrtu tilla ckp nk seketoi lg mcm syeriv tu kn..alhmdlh rezeki nk dpt bby lg..heee

hasfa73 : Alhamdulillah… congrats … n semoga pregnancy berjalan lancar

shaiza_alias : alhamdulilah syukur.. @samtilla jaga diri, jangan buat kerja berat, jgn pakai kasut tumit tinggi, jgn jalan laju sgt..

muniirahhh : Alhamdulillah. Congratsssss. happynyaaaa matyip nak dapat adikkkkkk

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan tahniah kepada Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin. Semoga dipermudahkan urusan sehingga melahirkan baby nanti. Tahniah untuk Mat Yip tak lama lagi nak jadi abang.

Sumber : IG Syatilla Melvin by Berita Kopak