Syatilla Melvin Tempah Kek Paling Sinis Sempena Hari Jadi Shaheizy Sam. Memang Makan Dalam !!

Syatilla Melvin Tempah Kek Paling Sinis Sempena Hari Jadi Shaheizy Sam. Memang Makan Dalam !!

Pelakon Syatilla Melvin ada berkongsi gambar bersama kek yang ditempah khas sempena hari lahir suaminya, Shaheizy Sam. Sam yang menyambut hari lahir yang ke 36 tahun turut memuatnaik gambar kek hari jadi itu di akaun instagram miliknya.

Apa yang menariknya ialah kek itu didekorasikan dengan ‘rokok’ dengan caption ” Semoga panjang umur dan sihat sampai bila – bila”. Menurut Syatila, dia sengaja menempah kek yang paling sinis ini buat suaminya.

Kredit kepada @mymumsbakery, kek ini memang nampak cantik dan nampak macam real terutama sekali bahagian rokok itu. Hasil kerja yang sangat kreatif, halus dan berseni. Tahniah !!

Jom baca caption Syatilla di instagramnya :

” Happy birthday my man. aku sayang kau sampai mati sezzy sam. Anne thank u makbulkan hasrat aku nak cake paling sinis ni. i lapp u @mymumsbakery.. “

Sam juga turut sama memuatnaik gambar kek rokok yang ‘selamat’ dimakan ini di akaun instagramnya.

” Sejenis apakah ini. Thank u everyone, especially @samtilla for these safest cigs. Tak lain tak bukan, hasil tangan @mymumsbakery laa ni. Hehek.. “

Rata-rata peminat terhibur dengan pemberian kek sinis ini. Antara komen-komen peminat :

eiffelscha : Hahahaa..happy birthday sezisem. Semoga diberikan hidayah dn taufik. Dan dilembutkan hati berhenti merokok.

fadsalikon : Happy birthday sizzey sam… berdekah tgk kek … tetap senyum melihat pemberian ikhlas sang isteri

luq_ilham : Hahaha mmg sinis gila cake ni… thumbs up to @mymumsbakery..real sgt, tgok pun takut nak mkn tapi mesti sedapkan .. and happy bday bro @shaheizy_sam semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. Aamiin..

ohmyaisy : Hahahahaha . Kembang nak makan kek rokokkk abaq hang. Haahaha

alifmohsin : hhhhahahahaha….dia punya sarcarstic dia tu kalu @samtilla xrasa lagi xtau nk kata laaaa.aduiii..hhaha

ztf_australia : kek yg nawaitu tu directly from the heart… tak tapis tapis.

mohamadfirdaus__ : Hahaha..ini name nyer lu dh kne blow derrr. .deep gile maksud yg nk di smpai kn dr kek ni .semoga berjaya lah

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari lahir yang ke 36 buat Shaheizy Sam. Semoga diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dipermudahkan semua urusan dan bahagia bersama keluarga tersayang. Apa-apa pun Semoga Sam berjaya untuk berhenti menghisap rokok.

Sumber : IG Shaheizy Sam / Syatilla Melvin by Berita Kopak