Siapa Kecil-Kecil Dulu Pernah main Khemah-Khemah Dengan Masak-Masak? Tengok Diaorang Ni Dah Macam Kenduri Dah…

Siapa Kecil-Kecil Dulu Pernah main Khemah-Khemah Dengan Masak-Masak? Tengok Diaorang Ni Dah Macam Kenduri Dah…

Permainan masak-masak dan berkhemah sememangnya biasa dilakukan kanak-kanak di Malaysia. Tetapi kanak-kanakĀ  di sini biasanya memasak dengan menggunakan alat mainan ataupun masakan yang telah disiapkan oleh ibu mereka. Berlainan dengan anak-anak kampung di Bengali ini.

Video di youtube menunjukkan kanak-kanak di sebuah kampung di Bengali memasak dan berkhemah di tepi sungai. Dua orang gadis bernama Fatema dan Mousumi memasak. Mereka memasak kari ikan.

Mulanya, mereka membasuh dan membuang kotoran ikan di tepi sungai.

Setelah bersih, mereka meletakkan tumis masakan pada ikan yang sudah dibersihkan tadi. Garam dan serbuk kunyit dicampurkan.

Setelah api dihidupkan. Mereka menggoreng dengan dapur tungku dan kuali. Bunyi ikan yang di goreng sangat menggiurkan, bau ikan yang di gorang dapat menimbulkan selera.

Sambil menunggu ikan masak, mereka bergotong-royong membelah terong, kentang dan cili. Dibantu kawan-kawan yang lain, mereka menumis terung pula.

Setelah semua ikan masak, mereka memasak terung dan kentang. Bahan-bahan yang telah ditumis, kunyit dan garam dimasukkan. Kemudian yang terakhir, mereka memasukkan ikan yang telah di goreng tadi kepada sayur tadi. Mereka menggaulnya sehingga ianya sedia untuk dihidangkan.

Kanak-kanak yang lain yang datang duduk berbaris menunggu masakan siap.

Mereka dilihat sangat bersabar menunggu hasil masakan Fatema dan Mousumi. Apabila dihidangkan mereka makan dengan penuh selera dan menikmatinya.

Apa yang menariknya ialah Fatema ialah anak yang semangnya handal memasak. Ini kerana ibunya sakit dan dia memang di asuh melakukan kerja-kerja rumah dari kecil lagi. Jadi dia sangat memahami keadaan kanak-kanak yang lapar dan memerlukan makanan. Sebab itulah dia biasanya akan mengetuai acara memasak dan akan berkongsi hasil masakannya!

Tonton VIDEO Penuh Di Bawah

Apa Pendapat Anda?

Silakan SHARE dan Semoga Bermanfaat

Sumber : YouTube