“Paling sayu sebak dan sayang tengok seorang anak dara kecil 15 tahun sedang pegang baby “- Ramai Netizen Sebak Melihat Video Ustaz Ebit lew Menangis Jumpa Remaja…

Paling sayu sebak dan sayang tengok seorang anak dara kecil 15 tahun sedang pegang baby “- Ramai Netizen Sebak Melihat Video Ustaz Ebit lew Menangis Jumpa Remaja…

Ustaz ebit Lew seorang pendakwah yang selalu melihat dan melawat tempat yang jarang kita tahu kehidupan di sebaliknya. Beliau senantiasa mengajak masyarakat ke jalan kebaikan dengan cara dan gaya beliau yang lembut. Tidak pernah sekali beliau mengeluarkan kata-kata yang kasar dan menghina golongan yang tersasar atau dengan kata lain telah jauh dari agama.

Sila LIKE Facebook Berita Kopak Untuk Cerita Dan Berita Menarik!

Terbaru di Instagramnya, beliau meuatnaik video dan meluahkan rasa sedihnya apabila terjumpa sekumpulan remaja yang masih muda ketika sedang berjalan di atas jejantas.

Mari kita Ikuti Kisah Beliau seperti di Bawah

Sedihnyaaa…sedang jalan di atas jejantas 11.30malam. Sekali jumpa sekumpulan anak remaja. Paling sayu sebak dan sayang tengok seorang anak dara kecil 15tahun sedang pegang baby duduk bersila atas simen. Sejuk. Kecil jer orangnya..baiknya mereka jaga satu sama lain. Tapi macam manalah nak jaga satu sama lain.. Terkejut bila tanya rupanya baru dapat baby sebulan. Bersalin dekat bilik dan disambut oleh bidan di rumah..terus air mata laju..

Apalah nasib mu anak..tak tahu nak cakap apa. Hilang patah perkataan. Cuma tinggal rasa sayang padanya. Cuma rasa sayang. Iyerlah tak semua orang nasib sama. Kadang jalan hidup mereka diuji begitu. Sedang anak kita selesa duduk di rumah. Ya Allah tuhanku.. Anak ini dalam pantang lagi sebulan. Pampers dan susu semua takde. Saya kata ya Allah terima kaseh jumpakan dengan anak ini malam ini.

Terima kaseh Allah. Terima kaseh Allah.bila berbual terasa seperti anak saya di rumah. Wajahnya yang baik dan malu-malu. Saya ajak mereka semua makan. Ada remaja lain di sana. Ada sepasang anak muda baru 17 tahun kecil badannya mengandung 5 bulan tidur di jambatan juga..Dalam pantang jauh juga berjalan. Dengan sejuk simen. Dengan lapar. Dengan persekitaran yang tak baik untuk anak..

Saya terus menangis rasa sebak. Dan sewa 2 bilik hotel untuk malam ini. Satu bilik lelaki. Dan satu bilik perempuan. Saya suruh bersihkan diri dan solat berjemaah sama-sama.. Akhirnya dah 2.30 pagi masa solat Isya saya dah tak tahan air mata. Saya menangis kuat-kuat dan peluk mereka semua..awak semua macam anak saya. Maafkan ustaz. Maafkan ustaz..mereka yang lelaki dakap saya. Kami semua menangis bersama-sama…

Doakan hari ini saya minta mereka pulang rumah mak ayah mereka. Tiada tempat terbaik bagi mereka melainkan keluarga mereka. Doakan..jika tidak insyaAllah saya akan sediakan tempat belajar dan tempat tinggal untuk anak ini dan baby nya.. Pohon doa semua yer..InsyaAllah 29september2018 program keluargasunnah matrade kl. Daftar www.keluargasunnah.com -ebitlew

Begitulah luahan seorang pendakwah yang senantiasa mengambil berat tentang perihal umat yang seagama dengannya. Luhuahan beliau itu telah mengharukan ramai netizen yang membacanya. Semoga Ustaz Ebit Lew terus berdakwah dan terus berusaha untuk mengajak orang ke arah kebaikan.

Rata-rata Netizen mengharapkan agar beliau terus kuat dan bersabar menjalani usaha dakwah

Tonton VIDEO Penuh Ustaz Ebit Lew Di Bawah Ini

Sedihnyaaa…sedang jalan di atas jejantas 11.30malam. Sekali jumpa sekumpulan anak remaja. Paling sayu sebak dan sayang tengok seorang anak dara kecil 15tahun sedang pegang baby duduk bersila atas simen. Sejuk. Kecil jer orangnya..baiknya mereka jaga satu sama lain. Tapi macam manalah nak jaga satu sama lain.. Terkejut bila tanya rupanya baru dapat baby sebulan. Bersalin dekat bilik dan disambut oleh bidan di rumah..terus air mata laju.. Apalah nasib mu anak..tak tahu nak cakap apa. Hilang patah perkataan. Cuma tinggal rasa sayang padanya. Cuma rasa sayang. Iyerlah tak semua orang nasib sama. Kadang jalan hidup mereka diuji begitu. Sedang anak kita selesa duduk di rumah. Ya Allah tuhanku.. Anak ini dalam pantang lagi sebulan. Pampers dan susu semua takde. Saya kata ya Allah terima kaseh jumpakan dengan anak ini malam ini. Terima kaseh Allah. Terima kaseh Allah.bila berbual terasa seperti anak saya di rumah. Wajahnya yang baik dan malu-malu. Saya ajak mereka semua makan. Ada remaja lain di sana. Ada sepasang anak muda baru 17 tahun kecil badannya mengandung 5 bulan tidur di jambatan juga..Dalam pantang jauh juga berjalan. Dengan sejuk simen. Dengan lapar. Dengan persekitaran yang tak baik untuk anak.. Saya terus menangis rasa sebak. Dan sewa 2 bilik hotel untuk malam ini. Satu bilik lelaki. Dan satu bilik perempuan. Saya suruh bersihkan diri dan solat berjemaah sama-sama.. Akhirnya dah 2.30 pagi masa solat Isya saya dah tak tahan air mata. Saya menangis kuat-kuat dan peluk mereka semua..awak semua macam anak saya. Maafkan ustaz. Maafkan ustaz..mereka yang lelaki dakap saya. Kami semua menangis bersama-sama… Doakan hari ini saya minta mereka pulang rumah mak ayah mereka. Tiada tempat terbaik bagi mereka melainkan keluarga mereka. Doakan..jika tidak insyaAllah saya akan sediakan tempat belajar dan tempat tinggal untuk anak ini dan baby nya.. Pohon doa semua yer..InsyaAllah 29september2018 program keluargasunnah matrade kl. Daftar www.keluargasunnah.com -ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Apa Pendapat Anda?

Silakan SHARE Untuk Manfaat Bersama!

Sumber : Instgram Ebit Lew@ebitlew / Di sediakan Oleh BeritaKopak.org