Lihat Reaksi Bayi Ini Pertama Kali Di Bawa Ke Tempat Cucian Kereta Drive-Tru, Apalah Yang Dia Fikir Yer…

Lihat Reaksi Bayi Ini Pertama Kali Di Bawa Ke Tempat Cucian Kereta Drive-Tru, Apalah Yang Dia Fikir Yer…

Anda tentu pernah membasuh kereta dengan drive tru atau cucian kereta automatik bukan? bagaimana dengan reaksi anak anda apabila kereta di bawa masuk melalui Drive tru. Kebanyakan kanak-kanak akan berasa seronok apabila di bawa masuk sekali ke dalam Cucian drive tru apatah lagi jika mereka belum pernah merasainya.

Sila LIKE Facebook Berita Kopak Untuk Cerita Dan Berita Menarik!

Begitu juga dengan bayi di dalam video ini. Reaksinya apabila bapanya membawa masuk ke dalam Cucian Drive Tru menghiburkan ramai penonton.

Seorang bapa membawa anaknya yang masih bayi ke sebuah pencucian kereta drive tru. Dia meletakkankan bayinya di babyseat dan membiarkan melalui semua proses semasa cucian kereta dilakukan. Dia telah merakam video untuk melihat reaksi bayinya tersebut..

Pada awalnya bayi tersebut dilihat menikmati ‘perjalanan’nya itu. Ketika air mula disembur dia seolah-olah berfikir tentang apa yang berlaku di sekelilingnya. Dia kelihatan sangat ‘enjoy’ ‘menikmatinya.

Kemudian apabila sabun disembur, dia masih kelihatan tenang dan menikmatinya.

Dia kelihatan masih berfikir apa sebenarnya yang berlaku. tetapi ketika kereta mulai di bilas dia mula menunjukkan reaksi takut dan sesekali mengeluarkan suara merengek.

Seolah-olah dia sangat takut melihat pembilas berputar dan mengeluarkan bunyi yang bising.

Namun demikian, bapanya tetap tenang dan tidak mempedulikannya. Tetapi yang menariknya bayi tersebut masih cuba melihat apa yang berlaku walaupun terus menangis.

Kemungkinan dia merasa takut kerana ditinggalkan sendirian tanpa bapanya yang senyap dan duduk bersahaja di depannya. Kemudian selepas selesai, bapanya membuka pintu dan menciumnya dan dia kembali tersenyum selepas melalui semua pengalaman tersebut!

Tonton VIDEO Penuh Di Bawah

Apa Pendapat Anda?

Silakan SHARE Untuk Cerita Dan Berita Menarik

Sumber : Youtube