” Berapa puluh juta yang diperolehi tetap tidak dapat menandingi nilai mesej yang diberikan dalam Filem Munafik 2.. ” – PU Amin

” Berapa puluh juta yang diperolehi tetap tidak dapat menandingi nilai mesej yang diberikan dalam Filem Munafik 2.. ” – PU Amin

Filem Munafik 2 arahan Syamsul Yusof mencipta rekod baharu dalam sejarah perfileman Melayu apabila mengutip RM5.65 juta selepas memulakan tayangannya. Menerusi akaun instagram, Syamsul memaklumkan kutipan terkini sudah menjangkau RM21.6 juta selama 4 hari filem Munafik 2 ditayangkan.

Tahniah kepada Syamsul Yusof, Skop Production dan semua yang terlibat menjayakan filem ini.

” Allah makes the impossible possible. Its the highest opening weekend record in history. Rm 21.6 million in just 4 days.. “

” Kutipan dari official showing date sehingga Ahad semalam. Sejarah terus tercipta. Alhamdulillah & terima kasih semua. Majulah industri filem Malaysia.. “

” Munafik 2 – Fisabilillah dipawagam sekarang ! #RecordBreaker #Munafik2 #Fisabilillah.. “

Yang terbaru, menerusi akaun instagram, Pencetus Ummah Amirul Amin atau lebih dikenali dengan panggilan PU Amin berkongsi pengalamannya menonton filem Munafik 2 di pawagam.

Menurut PU Amin, tidak semua orang faham tugas seorang pendakwah. PU Amin memuji mesej tersurat dan tersirat yang disampaikan dalam filem ini.

PU Amin juga memaklumkan ada babak yang menyebabkan air matanya mengalir. Lakonan Mawi juga dipuji kerana menusuk ke hati.

” Betul apa yang dikatakan Ustaz Adam, tak semua manusia memahami kerja sebagai seorang pendakwah..

” Filem ini wajib berjaya . Berapa puluh juta yang diperolehi tetap tidak dapat menandingi nilai mesej yang diberikan.. “

” Dimulakan dengan pesanan sabar sebagai pendakwah dan 5 ayat surah Al Alaq amat mendamai jiwa seorang pendakwah . TQ @syamsulyusoffilm anda berjaya . Anda layak berjaya.. “

” Babak ini paling mahal dan berkualiti . Sukar saya katakan . Namun , ia mengalir kan air mata saya, betapa berjuang insan insan ini dalam memperbaiki ummat dari maksiat dan sesat.. “

” Kadang kadang kita tak kisah dengan kemungkaran didepan mata , kita biarkan kerana tak ada kaitan pun dengan life kita . Tapi hakikatnya , ramai yang mahu ubah hasilnya dia lemah , lemah bukan bermaksud kalah , ia usaha untuk perkasakan dakwah.. “

” Untuk babak ini , saya anggap ia lakonan @cahayaasmawi yang menusuk terus dalam hati sanubari . Ini hasil karya seni paling hebat dari insan berbakat @cahayaasmawi . #munafik2.. “

Sumber : IG Pencetus Ummah Amin / Syamsul Yusuf by Berita Kopak