SPRM Terkejut Mahkamah Bebas Lim Guan Eng Dari Rasuah

SPRM Terkejut Mahkamah Bebas Lim Guan Eng Dari Rasuah

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini yang membebaskan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah.

Seperti dimuatnaik di laman Facebooknya, SPRM dalam kenyataan Medianya hari ini berkata, keputusan itu bukan dibuat pihak suruhanjaya berkenaan.

“SPRM amat terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini yang membebaskan Guan Eng daripada tuduhan rasuah.

“Ia berhubung pembelian lot banglo dan tuduhan bersubahat dihadapi ahli perniagaan, Phang Li Koon selepas pihak pendakwaan menarik balik kes itu.

“SPRM ingin menegaskan bahawa keputusan menarik balik kes itu telah diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara dan bukannya daripada SPRM,” katanya.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini melepas dan membebaskan Guan Eng, daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo serta ahli perniagaan Phang Li Koon daripada dakwaan bersubahat seperti di laporkan Hmetro.

Ia berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud, melalui representasi dikemukakan pihak pembelaan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menggugurkan tuduhan berkenaan.

Bagaimanapun, pada prosiding pagi ini, pihak pendakwaan memohon supaya Guan Eng dan Li Koon hanya dilepas tanpa dibebaskan oleh mahkamah.

Apa pendapat Anda?

Silakan SHARE Untuk Cerita Dan Berita Terkini

Sumber : Hmetro / SPRM Facebook