” Kenapa nak panas sangat hati nak ungkit pasal bapak ? .. – Rita Rudaini

” Kenapa nak panas sangat hati nak ungkit pasal bapak ? Konon lebih tau nawww lah perasaan anak2 saya daripada saya ibu mereka sendiri.. ” – Rita Rudaini

Pelakon Rita Rudaini kecewa apabila ada netizen yang tidak berpuas hati dengan kemampuannya menjaga serta membesarkan kedua-dua anaknya dengan sempurna tanpa seorang bapa atau suami.

Rita meluahkan rasa kesalnya itu menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Sebelum itu, Rita meluahkan rasa hatinya yang menginginkan sebuah keluarga yang hidup  bahagia, sederhana dan saling melengkapi.

Malah dalam luahannya menegaskan kemewahan tidak boleh membeli kebahagiaan dan kasih sayang.

“Sis (saya) cuma nak hidup kami satu family,bahagia,sihat,simple dan saling melengkapi…bagi sis,bila anak2 sihat,riang..itu lah kebahagiaan sebenar sis ….biar sederhana asalkan sihat walafiat dan gembira….kemewahan xbole beli kebahagiaan dan kasih syg…,” tulisnya.

Namun kenyataannya itu telah disalah anggap oleh sesetengah pengikutnya di IG yang memberi komen-komen negatif.

Rita yang membidas komen-komen itu memberitahu sepatutnya mereka memberi kata-kata semangat buatnya yang merupakan seorang ibu tunggal.

“Ada jugak org yang panas hati tgk saya bole besarkan ank2 sorg diri sampai dorg bole sekolah, bole hidup normal happy mcm kanak2 lain walaupon beza nya bapak xde ek..kenape nk panas sgt hati nk ungkit pasl bapak? konon lebih tau nawww lah perasaan ank2 sy drpada sy ibu mereka sendiri???!! ayoooyooo..

“Patutnya bagi semangat kt sy ibu tunggal or happy tgk budak2 ni elok je sy bg sekolah makan cukup serba serbi..ini sanggup nak pertikai ,sanggup buat ig fake! xpuas hati sy berjaya bela sorg2 tanpa bantuan duit dr sape2??! xpuas hati ank2 sy hidup cukup segalanya??!! xpuas hati tgk ank2 sy hepi??!! hidup sape yg kesian dan xhepi sebenarnya??!!! anda atau kami?!” tulisnya menerusi ruangan komen.

Rita pernah berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Radzak pada 2008, namun bercerai pada September 2013.

Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, yang kini bawah jagaan Rita.

Sumber : Gempak.Com