Gelagat Fattah Anas Baca Aliff Ba Ta Apabila Mulut Penuh Dengan Roti Buat Ramai TERHIBUR !!

Gelagat Fattah Anas Baca Aliff Ba Ta Apabila Mulut Penuh Dengan Roti Buat Ramai TERHIBUR !!

Siapa yang tak kenal Fattah Anas dengan budak comel yang viral menjadi ‘meow’ ini ? Anas semakin popular dan sering dijemput sebagai tetamu undangan di station TV dan Radio bersama Papanya, Muhammad Firdaus.

Semakin banyak video Anas dimuatnaik oleh papanya, semakin bertambah peminat Anas dam mereka tidak jemu-jemu menonton dan menantikan video-video terbaru gelagatnya yang comel itu di media sosial.

Yang terbaru menerusi akaun instagram, Papa Anas ada memuatnaik video terbaru berbual dengan Fattah Anas yang baru lepas mandi kolam. Cara dan aksi Anas menjawab soalan papanya itu buat ramai yang geram kerana terlalu comel.

Anas yang pada ketika itu tidak memakai baju dan hanya memakai pampers membuatkan perut comelnya yang berlipat-lipat itu kelihatan. Ramai yang geram dengan kecomelan fizikal Anas, rasa nak gigit-gigit.

Untuk video seterusnya pula, Papa Anas juga ada berkongsi video meminta Anas untuk membaca Aliff Ba Ta. Anas yang sedang makan roti ketika itu menyukarkannya menyebut Aliff Ba Ta dengan betul. Aksinya itu membuat ramai yang terhibur dengan kecomelannya itu.

Jom tonton video penuh di bawah :

” Mungkin sebab mulut penuh.. geram papa errr.. “

Mungkin sebab mulut penuh 😂😂.. geram papa errr

A post shared by FattahAnas (@fattahanas_official) on

nah kiss skali dgn korang same 😘😘

A post shared by FattahAnas (@fattahanas_official) on

Rata-rata peminat Anas terhibur dengan gelagat Anas yang super duper comel ini. Antara komen-komen peminat :

” Genduttnyaa . Geram tgok pipi tu rsa nak cubit jaa.. “

” perut tu belipat2 dah..haha.. bambam comell.. ”

” Geramnye tngok adik anas nie.. geram nk cubit2.. klau ad depan mata nie..uncle gomo anas ckup.. “

” Adoiii budak kenit nie kalu dpt jumpa nak kunyah2.. “

” Main air tolamm. geram kakak tngok pipi awak adikk anas. semoga jadi anak yang soleh yaa sayang.. “

” Comeinya la awak ni annas oiii… Ni yg bt kn mommy nk anak kecik blk nie.. “

” Adoii laa budak debob ni.. nak picit picit je rasa tapi jauh pulakk.. “

Alahai Anas, kenapa lah comel sangat ni ? Rasa nak gigit-gigit dan cubit-cubit je Anas ni. Cute sangat. Semoga banyak lagi video-video menarik Anas selepas ini.

Sumber : IG Fattah Anas by Berita Kopak