TAK SANGKA Ini Respon Sufian Suhaimi Bila Diberitahu Elfira Loy Sudah Bertunang..

TAK SANGKA Ini Respon Sufian Suhaimi Bila Diberitahu Elfira Loy Sudah Bertunang..

PENYANYI Sufian Suhaimi tidak mengetahui mengenai pertunangan bekas tunangnya iaitu Elfira Loy dengan seorang lelaki bernama Faris yang didakwa berlangsung pada pagi Ahad.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Di Matamu itu mengucapkan tahniah dan mendoakan pasangan tersebut bahagia jika khabar itu benar.

“Saya tidak tahu, terima kasih tentang info itu. Saya ucapkan tahniah.

“Semoga bahagia sampai syurga,” ujarnya kepada mStar Online, di sini.

Foto pertunangan Elfira dan Faris.- Foto sumber Astro Gempak.

Sufian berkata demikian bagi mengulas tentang laporan sebuah portal hiburan bahawa pelakon berkenaan selamat mengikat tali pertunangan dengan Faris Khairol Anuar kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Menurut laporan itu, majlis merisik dan bertunang itu diadakan secara tertutup di kediamannya, Alam Damai, Kuala Lumpur.

Hubungan Elfira, 24, dengan lelaki berkenaan mula dihidu beberapa bulan lalu apabila dia memuat naik foto bersama.

Hubungan Elfira dengan jejaka itu mula dihidu beberapa bulan lalu.

Majlis tersebut dihadiri oleh beberapa artis yang juga rakan baik Elfira.

mStar Online cuba menghubungi pihak Elfira bagi mendapatkan pengesahan tentang majlis tersebut namun masih tidak berjaya.

Sebelum ini, Elfira pernah bertunang dengan Sufian Suhaimi pada 6 Oktober tahun lalu dalam sebuah majlis pertunangan besar-besaran, namun berakhir pada 18 Februari lalu.

Sumber : MStar

Baca Artikel Berkaitan : Baru Kenal Beberapa Bulan, Elfira Loy Selamat Bertunang Dengan Anak Datuk ?