” Asal baju macam tudung saji rumah aku jer.. ” – Pakaian Baby Shima di Big Stage dikritik netizen

” Asal baju macam tudung saji rumah aku jer.. ” – Pakaian Baby Shima di Big Stage dikritik netizen

Malam ini minggu ke 5 konsert Big Stage berlangsung. 7 peserta telah menyanyi lagu-lagu yang bertemakan ‘Hot List Digital’. Senarai lagu-lagu yang dinyanyikan oleh bintang Big Stage pada malam ini ialah :

Ariff Bahran – Bukti (Virgoun)

Sarah Suhairi – Sesungguhnya Aku (Alif Satar)

Syafiq Farhain – Bunga (Ara)

Baby Shima – Asal Kau Bahagia (Armada)

Wani Kayrie – Luluh (Khai Bahar)

Tajul – Sulit (Aman Aziz)

Afieq Shazwan – Lebih Sempurna (Syamel)

Di akhir konsert, Baby Shima telah mengungguli carta dan mendapat tempat pertama atau markah tertinggi antara semua bintang yang bertanding. Persembahan Baby Shima memukau juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir dan juri jemputan, Altimet serta penonton.

Nasib tidak baik untuk Tajul yang menyanyikan lagu Sulit, nyanyian asal Aman Aziz kerana telah tersingkir pada minggu ini. Tajul yang sering mendapat 3 tempat terbawah setiap minggu akhirnya terpaksa akur dengan markah juri dan undian tik tok yang tidak memihak kepadanya.

Menerusi akaun instagram, Baby Shima memuatnaik gambar pakaian yang dipakainya semasa membuat persemabahan pada malam ini. Apa yang menarik sekali, ramai yang memuji kecomelan Baby Shima memakai pakaian yang dikatakan seperti tudung saji oleh netizen di ruangan komen.

Rata-rata peminat memuji kecantikan Baby Shima dan tidak kurang juga yang mengkritik pakaian yang dipakainya pada malam ini. Antara komen-komen netizen :

” Cutenya adik ku.. hihihi try ur best shima.. “

” Cantiik nya my idola selalu cantik baju nya cantik ok semoga berjaya ya mlm ini semoga sukses ..”

” Kak shimaaa COMEL !! Congrats kak shima dpt vote number one tonight !! always support you “

” Patut bkul saya tk jumpa , rupa-rupanya baby shima ambik hm lepas buat persembahan bagi balik lah ye. eh eh gurau.. “

” Mcm tudung saji sy ni. Apapun best baby shima nyanyi mlm ni.. “

” Comel ‘skirt’ babyshima mlm ni, boleh buat meja makan.. “

” Persembahan babyShima malam nie best. good luck!.. “

” Cantik tudung saji tu.. “

Asal baju macam tudung saji rumah aku jer.. “

Semoga Baby Shima terus membuatkan persembahan yang menarik minggu depan dan minggu-minggu yang seterusnya.

Sumber : IG Baby Shima by Berita Kopak