Steady Lah YB Mat Sabu Menyanyi Bersama Geng Pagi Hot (FM). Memang Sporting Habis !!

Steady Lah YB Mat Sabu Menyanyi Bersama Geng Pagi Hot (FM). Memang Sporting Habis !!

Pada 30 Ogos 2018, hari Khamis yang lalu Menteri Pertahanan Malaysia, YB Mat Sabu dijemput untuk menjadi tetamu di Konti Geng Pagi Hot (FM). Slot Geng Pagi Hot ini di udara pada 6 – 10 pagi dan dikendalikan oleh 3 penyampai radio iaitu Shuk, Ajak dan Fizie.

YB Mat Sabu diundang sempena Hari Merdeka (pada keesokkan harinya) dan pihak Hot FM juga tidak sangka beliau bersetuju dan menerima undangan itu dengan hati terbuka. Kedatangannya disambut meriah oleh warga kerja Hot FM.

Menerusi akaun instagram, pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro ada memuatnaik gambar YB Mat Sabu. Menurut Ajak, pada permulaannya mereka saja-saja menjemput Menteri Pertahanan itu ke Konti Hot FM, tetapi tak sangka YB Mat Sabu ‘reply’ Ok.

” Mulanya saje menjemput. Xsangka dia reply tweet. Ok esok jangan lupa kita on air dengan Menteri Pertahanan di Geng Pagi Hot.. “

” Selamat Hari Kebangsaan… Jom tune Hot FM “

Apa yang menarik sekali, YB Mat Sabu juga turut sama-sama menyanyikan lagu Warisan (Edisi Merdeka) bersama Geng Pagi Hot FM. Memang sporting sangat. Jom tonton video penuh di bawah :

Rata-rata netizen memuji sikap YB Mat Sabu yang sporting. Antara komen-komen netizen :

herrybeery__ : Yb klau tarik suara dia confirm ko org kalah

neilscollection_official : Salute sporting abe mat

zulnomi_ : Menghayati btul lagu smpi taknak bergerak nyanyinya haha. tahniah YB MAT SABU, terbaik

leeya_asyikin : Mintalah YB nyanyi lagu Brory Marathika.. lagu yg santai tak perlu tarik nafas pjg2. Mana tau sedap..biar pitam semua krew hot fm yg budget bagus sgt tu..

aszemibb : Suara mereka terlampau kuat hingga tenggelam suara YB Mat Sabu…

Wan 7730 : berair mata tgk yb matsabu…trbaik bang mat….tigt die mai umah tok ak tmpang tdo lpas abis cramah dlu….bkerja la utk raakyat kerana ALLAH…

Mhanafiah Zakaria : Terbaik YB Hj Mohamad Sabu. Ramai yg rasa terharu dgn semangat patrotik yg di tunjukkan. Tahniah geng hot fm

Itu pun YB tak tunjuk habis lagi skill. Kalau tunjuk habis, confirm kalah Shuk, Ajak dan juga Fizie. Tapi part yang YB sebut ‘terima kasih’ kat hujung video itu nampak macam comel je kan. Hehe.

Lepas itu, Ajak beria-ria lap tangan pada seluar sebab nak salam dengan YB, tapi YB ingat Ajak minta microfon. Memang kelakar. Apa-apa pun YB Mat Sabu memang terbaik !!

Sumber : IG Ajak Shiro / Youtube Hot TV by Berita Kopak