“Mak mertua saya tu keje nak menyusahkan suami saya je. Macam dia takde life sendiri. Anak dia bukan suami saya je. Sampai suami saya sanggup tinggalkan saya yang pregnant kat rumah semata mata nak teman mak dia…”

“Mak mertua saya tu keje nak menyusahkan suami saya je. Macam dia takde life sendiri. Anak dia bukan suami saya je. Sampai suami saya sanggup tinggalkan saya yang pregnant kat rumah semata mata nak teman mak dia…”

KITA sering mendengar mengenai menantu perempuan dan ibu mentua yang tidak ‘sebulu’. Ada saja perkara yang dilakukan menantu akan menimbulkan kemarahan ibu mentua dan ada juga perkara yang dilakukan ibu mentua tidak disenangi menantunya.

Kajian menunjukkan percanggahan itu berlaku kerana dua generasi itu saling cuba menunjukkan kelebihan masing-masing bagi menarik perhatian lelaki yang menjadi kesayangan mereka.

Ada yang mengatakan kebanyakan ibu mentua tidak mahu berkongsi kasih anak lelaki mereka dengan menantu sehingga menimbulkan kekecohan atau perselisihan faham dalam keluarga kerana ingin mendapat perhatian lebih berbanding menantu.

Seorang wanita melahirkan luahan hatinya apabila suaminya lebih mementingkan ibunya berbanding dirinya dan tidak tahu bagaimana untuk menghadapi dilema tersebut. Mari kita ikuti tulisan beliau seperti di petik dari page Kisah Rumah tangga

Assalamualaikum admin dan warga krt…

Saya nak pendapat atau nasihat bukan kecaman

Saya nak cerita sikit pasal suami saya dengan mak dia. mak mertua saya lah. saya cuma nak cerita yang saya ni tak seberapa suka mak mertua saya tu selalu suruh buat apa apa atau pun ajak suami saya pergi mana mana. bukan apa. mak mertua saya tu ada suami. suami dia bukannya sakit. sihat walafiat. ajak lah suami dia kan. kenapa nak ajak suami saya. saya tau dorang tu anak beranak. tapi saya tak suka sbb suami saya tu pun macam dengar jee cakap mak dia.

Saya taktahu lah min. saya ni cemburu sebenarnya. suami saya macam lebihkan mak dia daripada saya. dulu kami duduk serumah dengan makmertua. ingat dah duduk asing ni. buat hal masing2 jugak. tapi tak pun min. kehidupan saya rasa diganggu. masa keluarga saya rasa diganggu. sebab mak mertua saya tu satu hari ada je nak mintak tlg anak dia suami saya ni. macam takboleh tengok kami senang. padahal dia ada suami. mintak tlg lah suami dia. bukannya suami dia ada buat apa pun.

Kadang2 saya ni naik menyampah pulak min. macam saya ajak suami saya bercuti. mcm2 alasan dia bagi. padahal nak bercuti dengan keluarga sendiri. tapi bila mak dia ajak pergi bercuti kat situ la sana la. dia dengar pulak. dia nak pulak. saya pun teringin nak bercuti berkeluarga je. taknak keluarga lain ada. hmm. lagi satu , sebenarnya rumah makmertua saya dekat je. suami saya pun selalu pergi rumah makmertua saya. lepastu bila dah pergi lambat pulak balik. sampai saya mereput kat rumah. tah apa dibuatnya pun saya taktahu.

Saya bukan apa min. saya sedih. yelaa saya ni berjauhan dengan parents saya. dia tak. rindu yg saya alami. dia tak rasa. bila saya cerita kat dia. dia kata “kalau nk duduk dgn mkayh takya kahwin”. bukan tu maksud saya. maksud saya . saya cuma nak dia paham situasi saya yg merindui keluarga saya. macam kata org. bila dah kahwin “suami ni lah kawan sahabat musuh dll. lepas kahwin mmng saya rasa takde sape2 dah.

Saya kahwin muda umur 19. lepas saya kahwin. saya terus rasa hidup mcm bersendiri. kawan yg ramai kini dah takde lagi. telefon yg mase bujang selalu berdering kini takde lagi. lebih 99% hidup saya berubah min. tapi suami saya jenis tak memahami saya. dia tau seronok bahagia dia. dia bermanja dengan mak dia. buat saya lagi rindu nak bermanja dengan mak saya. tapi dia tak fikir pun. dia pun suka sangat ikut telunjuk mak dia. hmm. tapi yg sekarang saya baran kan.

Mak mertua saya tu keje nk menyusahkan suami saya je. macam dia takde life sendiri. anak dia bukan suami saya je. ada lagi. sampai suami saya sanggup tinggalkan saya kat rumah semata mata nak teman mak dia. hmm. saya rasa sedih. saya taktahu kenapa perasaan ni boleh ada. and saya rasa saya takpatut ada perasaan macamni. saya kalau boleh lagi suka suami dan makmertua berbaik rapat tak bermusuh. sbb syurga tu kat telapak kaki mak dia. tapi mcm saya cakap kehidupan saya macam terganggu….lagi saya tengah pregnant. mungkin saya sensitif sikit. bnde kchik pun mcam besar. saya tkthu nk buat apa. hmmm

Begitulah luahan hati beliau tentang kehidupan keluarganya. Pendapat admin, dalam hubungan ini, sudah tentu anak lelaki berkenaan pening kepala memikirkan yang mana satu perlu diberi keutamaan. Dua-dua pun sayang. Hedaklah membuat keputusan yang terbaik seperti pepatah mencabut sehelai rambut dari tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berterabur.

Apa Pendapat Anda?

Silakan SHARE Dan Semoga Bermanfaat

Sumber : KRT