Gambar Berpeluk Dengan Zarina Ann Joulie Tersebar, TAK SANGKA Ini Respon Ismail Izzani

Gambar Berpeluk Dengan Zarina Ann Joulie Tersebar, TAK SANGKA Ini Respon Ismail Izzani  

PENYANYI remaja Ismail Izzani memohon maaf kepada keluarga dan pihak pengurusannya berkaitan foto yang tersebar bersama pelakon Zarina Ann Joulie.

Pengurusnya, Adib berkata, penyanyi lagu Luar Biasa itu turut meluahkan rasa kesal dengan perkara yang berlaku.

“Secara jujurnya, Ismail sudah pun memohon maaf kepada pihak pengurusan dan juga kepada Mama dan keluarganya.

“Beliau kesal dan Insyaallah kami akan sentiasa berada di sisi beliau untuk terus memberi sokongan dari segala aspek. Lagi-lagi pada waktu sukar seperti begini,” ujarnya kepada mStar Online pada Sabtu.

Anak kepada penyanyi Datin Seri Suliza Salam sekali lagi menjadi perhatian apabila foto mesranya seperti berpeluk dengan aktres Zarina Ann Joulie dipercayai di sebuah kelab malam tersebar di Twitter.

Foto itu pada awalnya dimuat naik oleh rakan baik Zarina, 32, iaitu Fathia Latiff di Instagramnya.

“@ismailizzani call her now!,” tulis Fathia pada bahagian kapsyen gambar itu.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tujuan Fathia meminta penyanyi remaja itu menghubungi Zarina.

Usaha mStar Online mendapatkan kenyataan Ismail,18, juga tidak berhasil apabila dia tidak menjawab panggilan telefon.

Bagaimanapun, Fathia bertindak memadam gambar tersebut tidak lama kemudian selepas pengikutnya menghentam Zarina yang berpakaian seksi dalam foto berkenaan.

Sumber : Mstar

Kongsi gambar mesra, Fathia Latiff ‘kantoikan’ Ismail Izzani dan Zarina Ann Joulie

Gambar ini dikongsi Fathia Latiff di Instagram miliknya yang menyaksikan imej seakan-akan Ismail Izzani dan Zarina Ann Joulie seperti di sebuah kelab malam.

PENYANYI remaja Ismail Izzani sekali lagi menjadi perhatian apabila foto mesranya seperti berpeluk dengan aktres Zarina Ann Joulie dipercayai di sebuah kelab malam tersebar di Twitter.

Foto itu pada awalnya dimuat naik oleh rakan baik Zarina, 32, iaitu Fathia Latiff di Instagramnya yang meminta penyanyi lagu Luar Biasa itu menghubungi pelakon drama Anak Pontianak tersebut.

“@ismailizzani call her now!,” tulis Fathia pada bahagian kapsyen gambar itu.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tujuan Fathia meminta penyanyi remaja itu menghubungi Zarina.

Usaha mStar Online mendapatkan kenyataan Ismail,18, juga tidak berhasil apabila dia tidak menjawab panggilan telefon.

Sementarq itu, Fathia bertindak memadam gambar tersebut tidak lama kemudian selepas pengikutnya menghentam Zarina yang berpakaian seksi dalam foto berkenaan.

Sementara itu, ramai melahirkan rasa terkejut terhadap imej Zarina yang dilihat tidak mengenakan tudung selain memakai baju jarang yang menampakkan pakaian dalamnya.

Rata-rata mengecam tindakan Zarina tampil dengan imej itu memandangkan dia sudah berhijrah sebelum ini.

Bagaimanapun persoalannya sejak bila Ismail bersahabat dengan Zarina kerana kedua-duanya mempunyai jarah usia yang jauh berbeza 32.

Sumber : Mstar