” Ada peluru tak ? Yang Anas sebut fire.. fire.. ” – Gelagat Anas order ‘pistol’ buat ramai TERHIBUR

” Ada peluru tak ? Yang Anas sebut fire.. fire.. ” – Gelagat Anas order ‘pistol’ buat ramai TERHIBUR

Maaf lah admin memang tak boleh move on dengan video adik Fattah Anas ni. Sejak kebelakangan ini memang sudah banyak kali admin upload video-video gelagat comel Anas yang baru berusia 2 tahun ini.

Telatah comel Anas dan gelagat sporting Papa Anas yang suka menyakat dan melayan Anas membuatkan ramai terhibur. Malah Anas kini sudah mempunyai peminatnya yang tersendiri sejak video Anas menjadi ‘meow’ dalam sangkar menjadi viral di media sosial.

Yang terbaru Papa Anas, Muhammad Firdaus, ada memuatnaik video terkini Anas. Menerusi video berkenaan, Anas sedang berbual dengan seseorang melalui telefon. Suara dan cara percakapannya yang comel itu membuatkan orang tak jemu menontonnya berkali-kali.

Papa Anas sendiri pun tak tahan gelak dengan telatah Anas yang selamba dan comel itu. Sporting betul !!

Menerusi video kedua pula, gelagat Anas mengacu pistol mainannya itu kepada Papanya membuat peminat Anas terhibur. Part paling menarik apabila Papa Anas pula yang mengacukan pistol kepada Anas. Pandai Anas berlakon buat-buat ‘mati’ kena tembak. Serius comel !!

Jom tonton video penuh di bawah :

” Anas order pistol lg bro.. hangpa kalau nak bergambor dgn anas make sure pandai buat kelakor.. kalau tak , standby la nak kena tembok dgn anas hahahahahahahhaahaah.. “

” Pistol baru lagi.. “

Pistol baru lagi 🤭 …

A post shared by FattahAnas (@fattahanas_official) on

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat comel Anas. Antara komen-komen netizen :

miss_lyza : hahaa comei sngat..lwak btoi laa anas nii…suka anass happy

cikwaaziz : Papa pn gelok… Hahahah…. Adoy anas.. Asal comey sgt

salbihah_shmsudin : Adoiii..tak leh tahan berulang tengok anas..ada pelu x ada pelu x..fire..fire..comel..bijak sangattt..

aisyasafeeaazham._ : dlm banyak ii vid anas ,still xleh move on ngan vid ni. papa gelak xikhlas HAAHAHAHAH

atenkhairunizar : Hahahahaah yg bunyi tembok fire fire teringat aku vdeo viral bomoh pkai pistol fire fire

ujiebachok : Ada sambungan tak vedio ni plsss @fattahanas_official … Aunty tak boleh move on lah tengok budak bambam ni… semuga terus sihat dan membesar menjadi anak yg Cemerlang dunia akhirat

Anak bila buka mulut je sudah comel. Inikan pula gelagat Anas yang mencuit hati ramai orang menontonnya. Papa Anas punya gelak pun buat ramai gelak sama. Memang sporting 2 anak beranak ini.

Sumber : IG Fattah Anas by Berita Kopak