Setelah 9 Bulan Dapat Anak Kembar, Zizie Ezette Kini Hamil Lagi. Tahniah !!

Setelah 9 Bulan Dapat Anak Kembar, Zizie Ezette Kini Hamil Lagi. Tahniah !!

Pelakon Zizie Ezette yang juga merupakan isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin mendedahkan dirinya sedang mengandung anak yang ketiga.

Zizie turut meletakkan hashtag yang menggambarkan kandungannya sudah 3 bulan dan Zizie juga ada memuatnaik gambar kit ujian kehamilan yang menunjukkan 2 line merah menandakan dirinya kini sedang hamil.

” Pic number 4 will surprise u! #stpetersburg #russia #summereurope2018 #threemonthspregnant “

Zizie telah berkahwin dengan Bung Moktar , 58, pada tahun 2009. Pada 9 bulan yang lalu, 29 Disember 2017, Zizie selamat melahirkan sepasang anak kembar yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette.

Zizie juga turut mempunyai 2 anak angkat Naila Nurjenna yang berusia 3 tahun dan Aaric Zayn Izette berusia setahun.

Rata-rata peminat meluahkan rasa kesyukuran atas berita gembira ini dan mengucapkan tahniah kepada Zizie dan Bung Moktar. Antara komen-komen peminat :

nfn.nora : tahniah..kata org2 tua nk dpt sorg ank mmg payah tapi bila dah dpt sorang maka bersusun lepas sorang, sorang hehe..happy for you

ctms3387 : Congrats Datin…semoga dipermudahkan segala urusan..rezeki allah swt..wlaupun bby twin msih kecil lgi..

fatira.nabila : tahniah..bertahun tggu kembar tu..hopefully yg ni twin juga

jecyjoannes1991 : Wah…congratsss datin…doakan jga Saya Ada rezeki anak..tak pe tahun ini ke tahun dpan ke tahun2 akan datang…saya tetap menunggu dngan sbar sperti datin n dato siti….penantian yg tdk sia2..Amin…

yantiegumri : Alhamdulillah pregnant again, Congrats Datin @zizieizette

suci143 : Tahniah datin. Take care ok. Semoga Allah permudahkan segalanya, aamiin.

rosidah_stgma : Alhamdulillah. Tahniah. Tapi terkenang u baru je czer..adoii ngeri. Moga Allah pelihara dan permudahkan segalanya

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan tahniah kepada Zizie dan Bung Mokhtar. Semoga Allah permudahkan smua urusan Zizie melahirkan baby nanti.

Sumber : IG Zizie Izette by Berita Kopak