Buat Resepi Mudah Ini…. TIKUS DAN LIPAS Akan Hilang Dari rumah Anda!

Buat Resepi Mudah Ini…. TIKUS DAN LIPAS Akan Hilang Dari rumah Anda!

 

Kehadiran tikus dan lipas di kediaman kita sememangnya mengelikan bukan ? bukan sahaja kotor, tetapi kehadiran dua jenis makhluk tersebut kadang-kadang membawa berbagai macam penyakit. Oleh itu, kami kongsikan cara untuk membuat racun tikus yang sangat berkesan menghapuskan tikus.

Sila LIKE Facebook Berita Kopak Untuk Cerita Dan Berita Menarik!

Mari kita lihat cara membuatnya.

Sediakan bahan-bahan berikut :

2 genggam beras

2 sudu simen

2 sudu minyak bijan.

Pertama, masukkan beras ke dalam kuali, goreng sehingga kuning keemasan.

Beras yang telah digoreng itu kemudian dituangkan ke dalam mangkuk.

kemudian masukkan dua sudu minyak bijan dan digaul samarata.

Akhir sekali tambahkan dengan simen dan gaul sehingga rata.

Bahagikan menjadi bahagian-bahagian kecil.

Kemudian letakkan di tempat di mana tikus kerap dijumpai.

Simen tidak mempunyai bau, jadi tidak mudah terhidu oleh tikus, tetapi dengan adanya bau wangi beras dan minyak bijan, tikus akan menunggu lama untuk makan. Setelah makan, tikus pasti akan haus dan mencari air untuk minum. Ketika simen bercampur air ianya akan mengeras, sehingga akan menyumbat sistem pencernaan atau usus tikus, kemudian ianya akan kembung dan mati.

Amaran! Jauhkan dari anak-anak dan haiwan peliharaan di rumah, hati-hatilah ketika menggunakan perangkap ini! Pastikan meletakkannya di tempat yang sukar di capai kanak-kanak!

Hindari jangan sampai salah makan dan menyebabkan bahaya! !

Selain tikus, di kediaman kita juga lipas menjadi punca masalah yang menjijikkan.

Jadi, untuk menghalau lipas ada cara lain yang ingin kami kongsikan.

Berikut beberapa cara untuk menghapuskan lipas.

Air sabun

Sapukankan air sabun di kawasan atau permukaan dinding yang selalu di datangi lipas, cara ini jauh lebih berkesan daripada menggunakan racun serangga.

Ini kerana lemak di perut lipas akan larut ketika terkena air sabun, dan lebihkurang sepuluh minit kemudian lipas yang menjijikkan itu pun akan mati.

Cara berikut ini pula untuk situasi yang lebih teruk di mana terdapat lipas dan serangga perosak di rumah.

Bawang Bombay

Potong atau hiris bawang bombay secukupnya, kemudian letakkan di piring tidak terpakai.

Letakkan di tempat di mana lipas sering muncul. Pastinya lipas tidak berani mendekatinya ketika mencium bau bawang yang menyengat!

Kulit limau/lemon

Jemur dan keringkan kulit limau atau lemon, kemudian letakkan di bahagian tersorok seperti almari atau peti ais. Cara ini tidak hanya dapat menghalau serangga, tetapi juga memiliki kesan penyegar ruangan.

Gula dan baking soda (biasanya bahan pembuat kuih atau biskut)

Campurkan gula dan baking soda dengan ukuran yang sama, lalu letakkan di kawasan banyaknya lipas. dalam masa 3 hingga 2 minggu, anda tidak akna melihat kumpulan lipas lagi.

Jadi, selamat mencuba semua!

Silakan SHARE Dan Semoga Bermanfaat

Sumber : Erabaru