Aksi Anas Yang Selamba Kentut Di Konti Kool FM Buat Ramai Ketawa Berdekah-Dekah. Anas Oh Anas, Serius Kelakar !!

Aksi Anas Yang Selamba Kentut Di Konti Kool FM Buat Ramai Ketawa Berdekah-Dekah. Anas Oh Anas, Serius Kelakar !!

Nama Fattah Anas sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Kanak-kanak lelaki yang lebih dikenali sebagai Anas ini telah mempunyai pengikut dan peminatnya yang tersendiri seperti anak-anak artis.

Telatahnya yang manja dan comel menarik sesiapa sahaja yang menonton aksinya. Malah sejak video Anas menjadi ‘meow’ dalam sangkar menjadi viral, Anas menerima banyak undangan daripada pihak produksi TV dan Radio.

Sikap bapa Anas, Muhammad Firdaus yang suka melayannya bercakap betul-betul membuatkan Anas nampak bijak dari usianya. Walaupun baru berusia 2 tahun tapi keyakinan dan sikapnya yang berani sama seperti kanak-kanak yang berumur 4 atau 5 tahun.

Selepas dijemput di Meletop dan Motif Viral, kini Anas berkunjung ke konti Radio Kool FM pula. Menerusi akaun instagram Fattah Anas, bapa Anas ada memuatnaik satu video temubual mereka di konti Radio Kool FM.

Apa yang menariknya, semasa temubual, Anas boleh terkentut. Susulan selepas itu, Anas terus tergelak comel buat ramai yang geli hati melihat aksinya itu. Suasana menjadi gamat dengan gelak ketawa semua yang berada di konti. Haiza sempat mengusik cakap kentut Anas busuk. Anas.. oh Anas.. Serius kelakar !!

” Kalau budak ni ketawa mcm ni mmg x boleh nak tahan.. “

Kalau budak ni ketawa mcm ni mmg x boleh nak tahan 😂😂😂😂

A post shared by FattahAnas (@fattahanas_official) on

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Anas yang bersahaja dan comel itu. Antara komen-komen netizen :

__mokcuayd07 : Anak bapak gelak ade style.. Hahahahaha dgr gelak aku tehibur

ee.entertainment : kelako lah anas nih…aunty suker tengok keletah anas…

effariezha : Anas si meow mihun jgn cpt besar k syg coz hari2 tgok vid @fattahanas_official pun xpenah jemu

nurr_alieya : Comel yg teramat sgt Anas ni, lg2 bila dia gelak gitu. Acik pun ikut gelak. Eeeii…geram rasa nk gomol2 bdk tecik ni @fattahanas_official tlg gomol2 kan bdk tecik tu

y4n4lie_ : Comelnya la dia gelak..hilang stress tgk telatah Anas..smg di murahkan rezeki anas & papanya

whanisumairah : @syaredzuan hahahahahahahaha lawak sangat lah tuuuuu gerammmmnyaaaaa!!!!!!

habibah_sweet : Anas penghibur duka lara..cerdik dan nakal Anas ni semoga Anas dimurahkan rezeki dan sentiasa mendpt perlindungan dri Allah.. aamiin

julieismail22 : Panjang akal betul budak ni..kecik2 dah pandai buat lawak.

Alahai Anas, tak pernah tak comel tau. Boleh pula Anas terkentut kat studio tu yer. Memang kelakar Anas ini. Semoga lebih banyak lagi video-video menarik Anas selepas ini. Papa pun sama je 2 kali 5 dengan Anas, sporting orangnya.

Sumber : IG Fattah Anas by Berita Kopak