Video Parodi Lagu BLACKPINK, Ddu-Du Ddu-Du 4 Gadis Cilik Ini Memang Gempak Walaupun Dengan Bajet Rendah !!

Video Parodi Lagu BLACKPINK, Ddu-Du Ddu-Du 4 Gadis Cilik Ini Memang Gempak Walaupun Dengan Bajet Rendah !!

Black Pink ialah sebuah kumpulan muzik wanita Korea Selatan yang dibentuk oleh YG Entertainment. Terdiri daripada empat orang ahli iaitu Jennie, Jisoo, Lisa dan Rose, kumpulan muzik ini membuat kemunculan pertama pada 8 Ogos 2016 melalui Square One.

Dengan kejayaan komersial kumpulan ini dalam lima bulan pertama, mereka telah dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik Tahunan di Anugerah Golden Disc ke–31 dan Anugerah Muzik Seoul ke–26.

Black Pink menjadi kumpulan muzik K-pop wanita yang berada di kedudukan tertinggi dalam carta Billboard Social 50, di kedudukan nombor 15. Mereka juga menjadi kumpulan K-pop pertama berada dalam 25 Lagu Musim Panas Teratas Global YouTube menerusi lagu “As If It’s Your Last”.

Mereka turut menjadi artis K-pop pertama yang mempunyai tiga lagu nombor satu di carta Lagu Digital Dunia Billboard.

Blackpink telah mengeluarkan video klip terbaru dari single mereka yang berjudul “DDU-DU DDU-DU”. Video muzik yang menjadi trending di Youtube ini menarik perhatian netizen kerana terdapat adegan-adegan yang sangat menarik untuk ditonton.

Yang terbaru, 4 orang kanak-kanak berasal dari Thailand menjadi viral selepas parodi video muzik lagu Ddu-du Ddu-Du tersebar di media sosial. Difahamkan kanak-kanak itu merupakan anggota kumpulan Deksorkrao yang dikenali kerana mempunyai bakat menari dan kreativiti membuat parodi muzik video lagu-lagu popular dengan bajet yang rendah.

Ahli kumpulan Deksorkrao dianggotai oleh 4 orang gadis comel yang cilik iaitu Mommaem, Kungten, Som dan Kwang yang masin-masing berusia antara 7 hingga 10 tahun.

Yang paling menarik sekali apabila 4 gadis cilik ini berjaya membawakan watak anggota BLACKPINK iaitu Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo dengan baik sehingga berjaya menarik perhatian penonton dan menjadi viral.

Mimik muka mereka yang bersahaja dan pemilihan props yang sangat kreatif digunakan untuk menjayakan muzik video berkenaan. Selain itu pemilihan lokasi, penggunaan pakaian dan aksesori turut membantu menghidupkan video muzik itu.

Antara adegan-adegan yang menarik dalam muzik video ini :

Jom tonton video official dari BLACKPINK dan kemudian bandingkan dengan video muzik parodi daripada 4 gadis cilik Deksorkrao yang sehingga kini ditonton hampir 13 juta ‘views’.

Video 1 : Original by BlackPink

Video 2 : Cover by Deksorkrao (Parodi)

Video 3 : Combine (Original dan Parodi)

Mereka sangat kreatif dan hebat kan ? Apa pendapat anda ?

By Berita Kopak