MUNAFIK 2 Atasi Kutipan Hantu Kak Limah… Woww!!! Kena Pergi tengok Ni…

MUNAFIK 2 Atasi Kutipan Hantu Kak Limah… Woww!!! Kena Pergi tengok Ni…

Filem Munafik 2, yang ditayangkan semalam telah menewaskan kutipan tayangan awal filem arahan Mamat khalid iaitu Hantu Kak Limah (HKL) dengan jumlah kutipan sebanyak RM2.05 juta berbanding RM650,000 untuk HKL seperti dilaporkan Harian Metro.

Kutipan itu juga adalah melepasi kutipan tayangan hari pertama HKL yang mengutip RM1.1 juta sebelum ini.

Penerbit Filem Munafik 2, Datuk Yusof Haslam berkata, jumlah tersebut adalah di luar jangkaan pihaknya.

“Benda sebegini jarang berlaku. Paling tidak pun, untuk tayangan awal sebegini, selalunya hanya boleh mengutip sebanyak RM500,000 ke RM600,000. Alhamdulillah, kerana secara tak langsung, ramai peminat filem kembali ke pawagam untuk menonton filem sekaligus memberi sokongan kepada filem tempatan,” katanya seperti dipetik dari Harian Metro.

“Terima kasih kerana menayangkan ‘trailer’ Munafik 2. Secara tak langsung, itu juga menjadi promosi untuk filem kami.

“Saya tidaklah terlalu berharap untuk Munafik 2 mencecah jumlah kutipan setinggi HKL. Kalau dapat mencatat jumlah sama seperti Munafik pertama pun, saya dah berpuas hati,” katanya.

Yusof juga berharap supaya pembuat filem tempatan akan terus berusaha menghasilkan filem berkualiti dan menawan hati peminat filem tempatan untuk menonton.

Munafik 2 meletakkan pelakon hebat antaranya Syamsul Yusof, Maya Karin, Datuk Fizz Fairuz, Mawi, Nasir Bilal Khan dan mula ditayangkan pada hari ini di pawagam seluruh negara.

Sinopsis Filem Munafik

Dua tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, Ustaz Adam yang masih dihantui oleh kematian isteri dan anaknya, berusaha menentang Abu Jar yang menyebarkan ajaran agama sesat kepada penduduk kampung. Semangat jahat yang dikaitkan dengan Abu Jar menjejaskan kehidupan Sakinah, seorang ibu tunggal kepada seorang anak yang miskin dari sebuah perkampungan yang terpencil dan Ustaz Adam harus menyelamatkannya daripada kejahatan Abu Jar.

Dikatakan filem ini lebih seram dari Filem Munafik yang pertama. Sama-sama kita tengok nanti!

Apa Pendapat Anda?

Silakan SHARE Untuk Cerita Dan Info Terbaik!

Sumber : Hmetro