Ucapan Fazura Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ibu Mertuanya Buat Ramai Yang SEBAK !!

Ucapan Fazura Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ibu Mertuanya Buat Ramai Yang SEBAK !!

Menerusi akaun instagram, isteri kepada pelakon Fattah Amin iaitu Nur Fazura atau lebih dikenali dengan panggilan Fazura telah memuatnaik gambar dan video sambutan hari lahir ibu mertuanya yang ke 48 tahun.

Fazura memuatnaik gambarnya bersama ibu Fattah Amin, dan beberapa gambar sekitar majlis sambutan hari lahir ibu mertuanya yang diraikan bersama keluarga.

Tonton video penuh di bawah :

Jom baca posting Fazura di instagram :

” Sanah Helwah buat seorang wanita istimewa yang Allah SWT kurniakan buat saya sebagai Ibu mertua yang amat dikasihi.. “

” Beruntung nya saya dikurniakan Ibu mertua yang hatinya sentiasa penuh dengan rasa kasih-sayang, rendah diri dan sentiasa memilih untuk berfikiran baik pada setiap manusia dan keadaan.. “

” Terima kasih Ibu kerana menerima Faz seadanya dan melahirkan seorang Imam yang cukup membahagiakan Faz, di dunia dan akhirat InsyaAllah.. “

” Doa Faz buat Ibu semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, rezeki, dipanjangkan umur dan sentiasa berada di dalam lindungan Allah SWT. Love you Ibu.. “

Rata-rata peminat mengatakan Fazura sangat bertuah dikurniakan ibu mertua yang sangat baik. Antara komen-komen peminat :

hana_rai : Indah aturan Allah buat Faz. Semoga faz sekeluarga sentiasa dalam lindungan Allah.

raisha_alisha : Membaca ayat ayat ni seperti berucap kat mak sendiri, nice words Faz, semoga terus bahagia hingga jannah.

adzurawawajh : Bertuah dpt suami dan keluarga mertua yg baik dah memahami.. syukur alhamdulillah.. semoga perkahwinan @fattahaminz & @missfazura kekal bahagia hingga ke jannah.. berdoa utk baby uoll berdua.. x sabar nak tgk

haselnad : Sejuk sangat mata bila first time nampak siapa bakal mil kak faz masa gmbar bertunang dulu. Lembut sgt, terserlah cahaya keibuan.. Can see that she is a loving mother to her children. You are indeed very lucky kak faz. Happy birthdah to her and to my dad too, they shared the same date, 29 Aug

kakakninja : MasyaAllah cantiknya keluarga ini.. Moga Allah pelihara semuanya..Sanah helwah MIL fazura.. Semoga semuanya bahagia bersama hingga syurga Allah yang indah..

schamor : Walaupun bertudung labuh tetap berfikiran positive n sporting Alhamdullilah besttnyaa bertuah Fazz

norainhassan : Comelnya emak fattah amin.. Sejuk hati melihat cahaya wajahnya. Selamat hari jadi aunty.. Semoga beroleh rahmat Allah dunia akhirat. you are so lucky fazura

aida_sue : Sebak baca..syukur Alhamdulilah Faz dikurniakan ibu mertua yang mengasihi Faz seadanya. To Ibu Azizah, Selamat menyambut ulang tahun. Moga Zah semtiasa dirahmati Allah swt. @mohd9181 sila sampai kan Salam kami pada Ibu Zah.

Peminat memuji cara pemakaian ibu dan adik perempuan Fattah Amin yang sangat sopan bak kata orang, sejuk mata memandang. Ramai yang mendoakan semoga satu hari nanti Fazura juga akan turut sama menutup aurat dengan sempurna. InshaAllah, sama-sama kita doakan. Amin..

Sumber : IG Nur Fazura by Berita Kopak