” Saya stress korang menghina, mengecam seolah-olah macam saya ini buat jahat, buat dosa besar. Kenapa salahkan saya, bagi saya ruang dan peluang.. “

” Saya stress korang menghina, mengecam seolah-olah macam saya ini buat jahat, buat dosa besar. Kenapa salahkan saya, bagi saya ruang dan peluang.. ” – Dato’ Aliff Syukri

Menerusi akaun instagram, Dato’ Aliff Syukri telah memuatnaik satu video meluahkan perasaan kecewa apabila isterinya, Datin Shahida dan keluarganya turut dikecam oleh netizen gara-gara tarian lagu Bobo Di Mana bersama Nur Sajat dan Lucinta Luna yang dianggap agak keterlaluan.

Melalui video ini, Dato’ Aliff minta diberikan ruang dan peluang untuk lakukan apa yang dia ingin lakukan tanpa terus dikecam oleh netizen. Dato’ Aliff mengatakan beliau dikecam teruk seolah-olah beliau membuat dosa besar. Tambahnya lagi, apa yang dilakukannya ini adalah hanya tuntutan kerja.

Tonton video penuh luahan Dato’ Aliff Syukri di bawah :

” Sy bukan lah baik mana dan sy sedang berusaha jadi baik… Sy di hujat sedangkan sy di Jakarta bersama dgn 3 org staff lelaki… “

” Kalau sy buat apa apa ada jee yg tak kena?? Saya bukan malaikat juga bukan sempurna bukan mudah puaskan hati semua org, jujurnya saya tertekan dgn expectatation orang pada saya. beri saya ruang dan peluang.. “

Antara komen-komen netizen :

nfnmfnur_95 : Saya suka cara dato jaga isteri dan anak2 dengan baik. Tak kesah pun kalau dato nak nyanyi. Tapi kenapa mesti berduet dengan org mcm tu. Saya tak hina mereka. Tp saya tak suka org lelaki tukar jantina jadi perempuan. Dengar la nasihat ibunda dan isteri dato. Selagi mereka masih hidup nih..semoga dato dan sekeluarga d murahkan rezeki dan sihat sejahtera yee. Tp saya tetap dislike video dato. Sorry

fyfyana : Biasa la datuk vidio mcm tu xsewajarnya jd tontonan ank2 maaf la nk tegur tp vidio tu terlampau sgt dgn pakayan yg mcm tu payu dara yg menonjol duduk 1 bilik xbaik datuk mmg org akn kecam sbb rakyat xnk tgok datuk terus hanyut dgn dunia datuk agama kita bkn mcm tu xpsl2 ank n isteri jd mangsa

tengkunurnatradila : Sebab awk tu idola anak anak muda sekarang. Awk sepatutnya buat benda yang mendatangkan kebaikan kepada semua generasi yang akan datang biar mereka fikir nak jadi macam dato kaya berjaya bahagia. Bila dato buat video bodoh macam tu xbaik la jadi kepada orang yang dah jadikan dato sebagai idola dia, sbb tu diorang marah dato sbb diorang syg dato dan keluarga dato.

Buat la benda yang mendatangkan kebaikan kepada semua orang terutama anak2 muda, mereka mengharap kan dato membuat sesuatu yang membangga kan. Tolong la jangan hampa kan hati anak2 muda yang ingin berjaya macam dato. Kami sayang kan dato dengan family dato. Semoga dato terus berjaya didunia juga diakhirat

alifazram : Hidup ni bang kekadang kita tak nampak apa khilaf yg ada dlm diri kita , tapi mungkin ada org lain yg nampak diri kita dan tegur kita utk kita sedar apa khilaf yg ada pada kita .

syuhadayahaya98 : Haram tetap haram dato, niat tidak mghalalkan cara. Fham molek. Itukah saham dato nak bawa nanti? Allahu.

iera_joey : Padan muka dato sape suh cri bale.. Hri tu dh kene kecam mase nyanyi ngn Sajat.. Konon tknk buat dh.. Ni buat pulak bila kene kecam buat drama bkn orng mcm dato ni hati batu k tk makan nasihat…

Sumber : IG Dato’ Aliff Syukri by Berita Kopak