” Barang kemas itu tiada dalam senarai hadiah. Saya mahu kejuaraan dia ditarik balik. Dia tak layak dapat nombor 1 tapi nombor 10 ” – Datuk Vida

” Barang kemas itu tiada dalam senarai hadiah. Saya hanya akan ganti dengan Lavida Coin, take it or leave it. Saya mahu kejuaraan dia ditarik balik. Dia tak layak dapat nombor 1 tapi nombor 10 ” – Datuk Vida

PETALING JAYA: Usahawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman memberi kata dua kepada juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Aishah berhubung tawaran untuk menukar rantai emas putih bertatah batu permata yang didakwa palsu dengan Lavida Coin.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) menegaskan beliau tidak akan memenuhi permintaan Aishah yang mahukan wang tunai atau barang kemas sama nilai sebagai pertukaran.

“Saya takkan ganti dengan wang tunai mahupun barang kemas bernilai RM80,000.

“Saya hanya akan ganti dengan Lavida Coin… ‘you take it or leave it’,” katanya kepada mStar Online.

Menurut Vida, beliau berhak menolak permintaan penyanyi Janji Manis Mu itu kerana barang kemas tersebut sebenarnya tiada dalam senarai hadiah utama bagi juara GV4.

“Kenapa saya perlu bagi duit pula kat dia? Lagipun rantai itu saya bagi seikhlas hati.

“Kalau dia tak nak Lavida Coin bermakna dia orang paling rugi atas muka bumi ini,” katanya.

Lavida Coin merupakan salah satu bentuk pelaburan mata wang kripto dan token digital yang diperkenalkan usahawan kelahiran Machang, Kelantan itu.

Memandangkan kemelut melibatkan mereka berdua semakin berpanjangan, Vida mahu pihak Astro menemukan mereka berdua untuk membersihkan imej beliau.

“Saya nak pihak Astro jumpakan saya dengan Aishah sebab hadiah itu bukan ditawarkan kepada juara seperti yang diuar-uarkan.

“Saya bagi atas dasar ikhlas dan tiba-tiba dia buat begini pula. Saya mahu nama saya dibersihkan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mencadangkan agar gelaran juara yang diberikan kepada Aishah ditarik memandangkan rantai tersebut hanyalah hadiah tambahan, bukannya ganjaran utama.

“Saya mahu kejuaraan dia ditarik balik… dia tak layak dapat nombor satu tapi nombor 10,” katanya.

Malah, Vida menegaskan tiada keperluan untuk beliau meminta maaf kepada Aishah kerana beliau tidak menipu.

“Buat apa saya nak minta maaf. Saya tak buat apa-apa salah. Lagipun rantai emas putih bertatahkan batu permata itu bukan palsu,” katanya.

Pada Sabtu lalu, Aishah mendedahkan mengenai ketulenan barangan kemas tersebut dan meluahkan rasa kecewa apabila pemeriksaan di kedai barang kemas mendapati rantai tersebut bukan asli dan tidak mempunyai nilai.

Sumber : Mstar

Aishah Tunjuk Bukti Hadiah Emas DSV Palsu

Masih belum selesai lagi mengenai isu barangan kemas yang diterima oleh penyanyi Aishah didakwa palsu dan tidak tulen. Susulan pendedahan mengenai barang kemas tersebut, Aishah memberitahu pelbagai tohmahan dan kecaman dilemparkan padanya.

Bagaimanapun, semalam Aishah memuat naik dua buah video bagi menunjukkan barang kemas yang dikatakan bernilai RM80,000 tajaan daripada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida itu adalah palsu dan bukan berlian asli.

Menerusi video tersebut, Aishah meminta tukang emas untuk memeriksa ketulenan rantai tersebut dan mendapati ianya bukan berlian asli. Untuk mendapatkan kepastian, Aishah meminta untuk melakukan pemeriksaan sekali lagi dan hasilnya tetap sama.

Part 2 video…

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on

Video itu mendapat perhatian netizen yang ternyata terkejut dengan pendedahan tersebut. Ada seorang netizen mendakwa sudah banyak kes diterima mengenai barangan kemas yang dijual oleh DSV terbukti tidak asli.

Malah netizen itu juga turut mengatakan produk kesihatannya juga didakwa memudaratkan kesihatan.

Terdahulu, Datuk Seri Vida menafikan dakwaan tersebut dan akan menggantikannya dengan Lavida Coin. Bagaimanapun Aisah menolak tawaran tersebut dan hanya bersetuju jika ianya ditukar dengan wang tunai atau emas yang sama nilai.

Sumber : Hangat.Com via Roti Kaya