Video Dato’ Aliff Syukri, Nur Sajat, Lucinta Luna Tergedik-Gedik Dan Terkinja-Kinja Untuk Muzik Video Lagu Bobo Di Mana DIKECAM Netizen

Video Dato’ Aliff Syukri, Nur Sajat, Lucinta Luna Tergedik-Gedik Dan Terkinja-Kinja Untuk Muzik Video Lagu Bobo Di Mana DIKECAM Netizen

Pada awal kemunculan lagu Bobo Di Mana Dato’ Aliff Syukri bersama Nur Sajat dan Lucinta Luna mendapat kritikan hangat khususnya daripada rakyat Malaysia sendiri. Tarian lagu itu dianggap agak keterlaluan dan tidak senonoh apabila Nur Sajat dan Lucinta Luna menggoyangkan ‘aset’ mereka serta berpakaian menjolok mata.

Yang terbaru, menerusi akaun instagram, Dato’ Aliff Syukri telah memuat naik video salah satu scene dalam video muzik lagu Bobo Di Mana. Penggambaran ini dibuat bersama produksi di Indonesia. Dalam video ini, Dato’ Aliff, Nur Sajat dan Lucinta kelihatan tergedik-gedik bersama pasangan masing-masing.

Video ini juga dikatakan agak memalukan kerana terdapat adegan bersentuh-sentuhan dan berpegang-pegangan dengan pasangan masing-masing. Nur Sajat dan Lucinta Luna juga kelihatan berpakaian seksi dalam video ini.

Netizen turut mengecam Dato’ Aliff kerana dikatakan terjebak dengan video yang tiada faedah itu. Ramai mengatakan sikap dan perilaku Dato’ Aliff semakin teruk dan susah untuk ditegur walaupun ditegur oleh ibunya sendiri, Bonda Rozita Ibrahim.

Tonton video penuh di bawah :

” Minggu depan full song lagu ni akan keluar kat smua platform digital media dan youtube.. tunggu yaa.. “

” Nantikan lagu dan muzik vedio yg bakal boomingg di malaysia dan Indonesia minggu hadapan.. dgn tajuk #bobodimana.. “

” Siapa yg rasa lagu ni sedap sila komen di bawah yee tqq awakk @lucintaluna @nursajat02.. manager sy di indonesia.. @didi_3kingkong dan pengarah tarian dan konsep @jefangga_3kingkong.. watak isteriku @nadnadpasha.. “

Rata-rata netizen mengecam klip video ini yang dikatakan tergedik-gedik dan terkinja-kinja. Antara komen-komen netizen :

ciklala77 : Mmg mcm ni ek sikap Orang Kaya2 tergedik sana tergedik sini, terkinja sana terkinja sini, nasib luna apa kebenda ntah nama dia tu jntn dh la nmpk nenen… video apa kebenda yg dato join ni… alahaiiii… xda faedah la dato oi… u as a corporate level dn kaya patutnya show us level2 korporat punya attitude la…ni tidak bila kami komen kata kami kecam la apala, mana x kecam dh pangai mcm tu, hbs tu nk kami semua clap? Nnti bala yg nk kena korang kami pulak semua kena bala..sbb pngai2 tergedik terkinja mcm ni, sorry dato, dato yg minta dikecam(org ramai nasihat sebenarnya

kisuke_92 : Weh sdangkan nsihat mak dia,dia buat xtau je, inikan pula nsihat netizen smua, lpa dratan dato ni mngkin dlu bkan branak dri prut mak dia,mngkin download dkat intenet kot

ansdrh : Buat lagu nak kejar populariti tapi best ke popular sbb nampak bodoh.

annekassim : Makin teruk dan menjatuhkan maruah saja…. moga Dato kembali ke jalan yg diredhai…. kesian isteri dan anak2 dirumah….

004817xx : Berenti je la jd manusia klo teguran demi teguran dh xmsk dlm kpla hotak kau tu

dyrzzhh : BIG disappointment. Follow psl kagum dgn usaha kerasnye berniaga dan sedikit sebyk dpt memberi kta semangat sbg anak melayu utk maju. But diz? Nothing u shud be proud of. Instead, sgt MEMALUKAN. Tyme tu tanya pendapat whether ok ke tk die proceed buat lagu yg tkde makna ni. Rata2nya kebykkn tk setuju. Tapi ade die kesah? Kalau da tahu diri tu tkkn dgr pendapat org, lain kali tk payah tnye la k. Jgn nk attention seeker sgt. U are blessed with a beautiful family tapi syg skali kau gagal hargai. Jgn ingt ngn duit saja kau pikir da cukup utk beri kebahagiaan. Entah ape kau rasa eh bile anak bini kau tgk vid unsur lucah ni. Bangga ke. Kita smua makin berumur bkn makin muda. Jgn sia2kan otak yg Allah swt berikan pd kta. Sekian.

Kepada Dato’ Aliff Syukri, yang mana teguran yang baik itu, ambillah sebagai nasihat lebih-lebih lagi teguran daripada orang yang paling rapat dengan kita terutama sekali ibu, pasangan dan keluarga. Mereka semua sayangkan Dato’.

Sumber : IG Dato’ Aliff Syukri by Berita Kopak