Teruja Membuat Aksi ‘KIKI CHALLENGE’, Kereta Lelaki Ini Hangus Di Mamah Api!

Teruja Membuat Aksi ‘KIKI CHALLENGE’, Kereta Lelaki Ini Hangus Di Mamah Api!

Seorang pemuda yang bernama Sergey Palavinkin memuatnaik video ketika dia melakukan aksi ‘Kiki Challenge’. Di dalam akaun Instagram-nya, pada Khamis (23/8/2018), lelaki dari Tyumen Oblast, Rusia itu menari dengan gerakan yang biasa dilakukan oleh ramai orang di media sosial seluruh dunia.

Seperti ramai netizen yang mengikut aksi dan memuatnaik aksi mereka di media sosial, Sergey juga tidak ketinggalan melakukan aksi tersebut dengan menari diiringi lagu milik Drake berjudul “In My Feelings”.

Dia menari di luar kereta yang sedang bergerak

Kemudian, ketika kamera dibawa keluar dari kereta, dapat dilihat kereta tersebut di mamah api yang marak

Kereta yang terbakar tersebut terus berjalan sehingga asap hitam tebal menjulang ke udara

Sementara itu kawan-kawan Sergey mengejar kereta tersebut sambil tertawa.

Dipetik dari Mirror.co.uk, menurut laporan media tempatan, Sergey ditahan setelah merakam aksi video itu. Dia di tahan pihak polis dan bermalam di lokap. Dikatakan bahawa Sergey telah kehilangan kad pengenalannya, Lesen memandunya, dan telefon bimbit di dalam kereta yang terbakar tersebut.

Tetapi tidak dapat dipastikan bagaimana api muncul secara tiba-tiba atau memang disengajakan. Polis di seluruh dunia sebenarnya telah memberi amaran kepada orang ramai agar berhenti melakukan ‘Kiki Challenge’. Ini kerana terdapat beberapa kes, orang telah menemui maut atau dilanggar kendaraan ketika melakukannya.

Bagaimanapun, sehingga kini masih ramai netizen yang membuat aksi tersebut dan memuatnaik ke media sosial.

Tonton VIDEO Aksi Sergey Palavinkin Yang mmelakukan ‘Kiki Challenge’ Bersama kereta Terbakar seperti di Bawah

Apa pendapat anda?

Silakan SHARE Untuk Cerita Dan Berita Menarik!

Sumber : Instagram Sergey Palavinkin / Mirror UK