TAK SANGKA Ini Respon Kak Ogy Apabila Sissy Imann Tersingkir Daripada Big Stage

TAK SANGKA Ini Respon Kak Ogy Apabila Sissy Imann Tersingkir Daripada Big Stage

Big Stage minggu ke 4 menyaksikan penyingkiran seorang bintang berbakat besar iaitu Sissy Imann. Ramai yang terkejut Sissy Imann terpaksa meninggalkan Big Stage.

Sissy Imann adalah 3 antara peserta yang mempunyai markah terendah yang diberikan oleh juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir, serta juri jemputan iaitu Mas Idayu.

Persembahan Sissy dengan lagu Singgol-Singgolan Cubit-Cubitan nyanyian asal Mas Idayu itu kurang menyerlah semasa konsert dan meletakkannya di antara tangga terbawah bersama Ariff Bahran dan Tajul.

Juri tetap, Faizal Tahir menggunakan Imuniti bagi bertujuan menyelamatkan semua peserta agar tiada penyingkiran dilakukan malam itu kerana beliau beranggapan ramai bintang menunjukkan prestasi yang meningkat berbanding minggu-minggu sebelum ini.

Faizal memberikan imuniti kepada Ariff Bahran berdasarkan peratusan tertinggi antara mereka untuk berlaku adil. Tetapi Faizal mengaku tersalah menggunakan imuniti dan ralat tidak dapat selamatkan Sissy Imann.

Faizal berkata, dia sebenarnya keliru dengan dengan konsep imuniti itu sehingga tersalah membuat pilihan dan mengambil tanggungjawab atas penyingkiran Sissy.

“Saya fikir jika saya selamatkan salah seorang daripada mereka maknanya tidak akan ada penyingkiran tetapi percaturan itu salah.

“Memang saya berasa ralat tidak selamatkan Sissy… Saya harus dipersalahkan dan mengambil tanggungjawab atas penyingkirannya,” katanya.

Yang terbaru, menerusi akaun instagram, Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Ogy, ada memuatnaik status di instagram mengenai Sissy Imann. Kak Ogy mengatakan Sissy ibarat permata, walau disaluti lumpur sekali pun tetap akan bersinar akhirnya.

“Tersingkir Atau Tidak, I Am Still Your No 1 Fan Sissy Iman, You Are A Gem, You Don’t Need Tik Tok.. ”

” Kalau Da Berlian Disaluti Lumpur Sekalipun, Akan Tetap Bersinar.. “

” Just Be Yourself My Dearest Sissy, You Are ‘RARE’.. “

Have Always Loved Your Voice & Style, You Are “AUTHENTIC”, Love You Babe @sissyimann “

Rata-rata netizen bersetuju dengan Kak Ogy yang mengatakan Sissy Imann lain daripada lain dan mempunyai suara unik yang tersendiri. Antara komen-komen netizen :

nurnadiamalina : @sissyimann the bestt… suka tgok persembahan dia hm lpasni ta dpt tgok da

_ooozilllllllllllllll : Sissy bagus , suara sedap . Tiap2 minggu best . Harap2 dia diserap balik masuk big stage.

smi2014 : betul sissy iman tu mcm kak ogy muda2 dulu…rare

baihaqinoordin : @kak_ogy first saya kenal dia dengar suara dia memang something different. Itulah doakan yang terbaik for future.

nisaabahrin : @nuraisyahnordin betul, kalau xde tik tok tu, tajul should be out walaupun sissy bottom 3 sebab markah tajul paling rendah..kalau penentuan sape yg keluar berdasarkan tik tok baik xyah pakai 3 juri tu..xadil..sy mula2 tgk big stage tu sbb nak tgk sissy je sbb awal2 dgr suara dia lain dari lain..so sad..

alifflayla : Nawaitu dia menyertai Big Stage hanya tuk menggunakan platform itu tuk showcase apa yg ada pada @sissyimann yg org tk tak tau kehadirannya di industri ini. Yg pasti dia berjaya mdpt perhatian Lagend @kak_ogy, salute… Masya Allah…

Semoga Sissy Imann lebih sukses di luar sana. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Dengan menyertai Big Stage ini, sedikit sebanyak memperkenalkan Sissy kepada industri muzik tanah air. Mungkin rezeki Sissy bukan di Big Stage, tapi inshaAllah rezeki yang lagi besar di luar sana.

Sumber : IG Fauziah Ahmad Daud by Berita Kopak