Aksi Dayyan ‘Barai’kan Lagu Black Buat Netizen Terhibur. Part Yang Paling Kelakar, Masa Tengah-Tengah Menyanyi Boleh Pula Dayyan Stop Semata-Mata Nak…

Aksi Dayyan ‘Barai’kan Lagu Black Buat Netizen Terhibur. Part Yang Paling Kelakar, Masa Tengah-Tengah Menyanyi Boleh Pula Dayyan Stop Semata-Mata Nak…

Sekiranya anda mengikuti akaun instagram Black, mesti anda akan mengenali anak Black yang bernama Dayyan ini. Gelegat dan telatah Dayyan yang comel dan bersahaja dalam setiap video yang dimuatnaik oleh Black membuat netizen terhibur.

Malah Dayyan kini sudah mempunyai peminatnya yang tersendiri yang sentiasa menunggu update dan video terbaru Dayyan di Intagram Black.

Yang terbaru, menerusi akaun instagram, Black ada memuatnaik video Dayyan sedang buat ‘konsert’ menyanyikan lagu Black dengan style Dayyan yang tersendiri. Yang menariknya, lagu ini ditukar lirik sesuka hati.

Yang lebih menarik, boleh pula tengah-tengah menyanyi, Dayyan minta ‘stop’ sebabnya korang kena tengok sendiri video penuh di bawah. Kalau admin cerita awal-awal kan tak best. Hehe..

Kemudian, part bergambar yang last tu pun buat ramai yang gelak. Pandai betul Dayyan melayan ‘peminat’ yer. Yang part keseluruhan persembahan ni memang admin bagi 5 bintang kat Dayyan. Mana tak tumpah kuah kalau bukan ke nasi. Dah ayahnya penyanyi berbakat, pandai betul Dayyan meniru aksi ayahnya di pentas.

” Rase macam nak gigit peha dayyan ni.. daddy punya lagu ikut suka dia tukar lirik! Barai.. @cirakhairy x sangka mommy hafal erk lagu daddy.. “

Rata-rata peminat terhibur dengan gelagat Dayyan yang comel itu. Antara komen-komen netizen :

waniemox : Hadoi la bdk ni time mummy nak tarik la dia nak tutup pintu

cthajarkadir : Klu tngk dayyan x sah klu x ulang2..

fana_19 : Sblm tido mesti nk kena lyn dlu kerenah dayyan.. x pernah sehari pon x layan keletah dayyan nie

ain8245 : Seyes… ako nengok repeat jek…. klakar wei anakmu… more video si barai plzzzz… wakaka

sitisukasuki : dayyan da pandai layan peminat ni.. xtahan nak tutup pntu tu knp.. takot jiran sbelah dgr eh…

puteri_amirah98 : ahahaha aduh dayyan nie.. sakit perut gelak tengok perangai dia

cahaya_azian : Suka tgk dayyan.. terhiburrr.. terbaik la dayyan ni

maziah.noor : Yang mommy dia layan je… anak yg keletah tu.. geram sgt… suara pun nyaring…

Alahai Dayyan, tak pernah tak comel tau. Semua video Dayyan buat ramai terhibur dengan gelagat Dayyan tu. Semoga Dayyan membesar dengan sihat, jadi insan berguna kepada ibu bapa, keluarga, agama, negara dan bangsa. Tak lama lagi Dayyan nak dapat adik kan ? So nanti adik dah besar sikit, boleh ler Dayyan buat ‘konsert’ dengan adik pula yer 🙂

Sumber : IG Black Hanifah by Berita Kopak