Selamba Anas Gigit Puting Papa Di Depan Camera Dalam Motif Viral. Serius Lawak !!

Selamba Anas Gigit Puting Papa Di Depan Camera Dalam Motif Viral. Serius Lawak !!

Adik Fattah Anas atau lebih dikenali sebagai Anas semakin popular sejak video menjadi ‘meow’ di dalam sangkar menjadi viral di media sosial. Baru-baru ini juga kami di Berita Kopak ada berkongsi kisah Anas semasa temubual di Meletop yang di’host’kan oleh Nabil Ahmad dan Elfira Loy yang menggantikan Neelofa.

Semasa menjadi tetamu di Meletop, Anas dan Ayahnya secara spontan menyanyikan lagu Di Matamu, Sufian Suhaimi Di Depan Elfira Loy membuatkan penonton semua tergamam. Memang comel betul aksi 2 beranak ini.

Boleh baca kisah sebelum ini DI SINI -> Aksi Comel Dan Spontan Adik Anas Menyanyikan Lagu Di Matamu, Sufian Suhaimi Di Depan Elfira Loy Buat Penonton TERGAMAM !!

Terbaru, pihak Astro juga telah menjemput Anas dan bapanya, Muhammad Firdaus untuk menjadi tetamu di rancangan Motif Viral. Sepanjang rancangan itu, Anas kelihatan begitu aktif dan tidak duduk diam dan sentiasa bergerak ke sana dan ke sini.

Di permulaan rancangan Anas berbaring di atas karpet. Kemudian Anas diangkat oleh Papanya. Apabila diangkat ke atas sofa, Anas cakap nak tidur di atas karpet. Alahai comel betul si Anas ni..

Part yang paling menarik, Anas dengan selamba menggigit puting papanya di hadapan camera. Ini membuatkan semua pengacara rancangan Motif Viral gelak tak berhenti-henti. Aksi Anas yang diselitkan di slot ‘Bloopers’ ini juga mencuit hati penonton yang menonton rancangan Motif Viral ini yang turut terhibur dengan telatah Anas yang comel itu.

Jom tonton video penuh di bawah :

Rata-rata penonton terhibur dengan aksi Anas ini. Antara komen-komen netizen di youtube :

” Part paling lawak papa kena gigit dengan anas..berulang2 tgk haha..dh la gigit digelakkan pula papanya..alahaiiii bertuah sungguh la awk ni anas.. “

” Aku respek ayah anas ni, jenis melayan kerenah anak, sekarang ni yang selalu berkepit ngan anak ni mak aje, ayah melepak ngan kawan, ehh tiber.. “

” Patut la anas ni cerdik bijak pandai, banyak kerenah papa dia pon masuk air… Dah la pak dia tgh kepedihan, menahan kesakitan di kokaknya putin nenen tu… Dia bleh plk gelak kat pak dia… Bertuahhh sungguh punya anak hahahaha… Hope jadi anak yg soleh dan berjasa pada mak ayah na anas.. “

” Tgk cara bapak dia ckp, dari situ lah anas belajar, jenis melawak je. Adoii cute lah anas niiiii.. “

” OMG…hahahahaha…aku x leh berhenti ketawa part papa dia kena gigit dengn anas.. “

” Love anas . Kelakar gila ! Semua sempoi2 . Muahhh kt perut anassssss.. “

” Part anas gigit puting bapak dia tu…. bpk dia punya la tahan sakit… dah lepas dia gi gelakkan bapak dia.. cam h*rammm.. hahahahahha.. “

Alahai Anas, comel betul Anas ni. Bijak sangat. Papa pun sama suka menyakat anak. Sporting je kan. Semoga Anas membesar dengan sihat, jadi anak yang berguna untuk ibu bapa, keluarga, negara, bangsa dan agama.

Tapi admin nak tanya papa Anas, tak sakit ke kena gigit kat puting tu ? Hehehe..

Article By Berita Kopak