“Selama ini satu sen pun saya tak pernah ambil dari ibu saya. Adoi harta saya pun cukup makan lah. Itu sebab rezeki saya sejak muda lagi melimpah ruah sampai la saya tua ini…”

“Selama ini satu sen pun saya tak pernah ambil dari ibu saya. Adoi harta saya pun cukup makan lah. Itu sebab rezeki saya sejak muda lagi melimpah ruah sampai la saya tua ini…”

Siapa tidak kenal Chef Wan?. Chef yang sangat berpengalaman dan mempunyai ilmu masakan yang tinggi. Namun, betapa tinggi sekalipun kedudukan seorang anak di mata dunia, anak yang hebat dan baik takkan sekalipun melupakan jasa orang tuanya. Inilah yang dilakukan oleh chef bertaraf antarabangsa, Chef Wan dalam melayani ibunya, Cik Ani yang semakin lanjut usia.

Walau kejayaan Chef Wan begitu gemilang di arena masakan, hatinya sentiasa tunduk ke bumi apabila menjaga ibunya, Cik Ani. Kadangkala telatah mereka sangat mencuit hati. Namun, di sebalik rasa yang mencuit perasaan itu, ada banyak ciri-ciri baik yang patut anak-anak lain contohi.

Terbaru, Chef terkenal itu menukilkan kata-kata melalui Instagramnya yang dapat menjadi inspirasi kepada ramai orang.

Mari kita Baca Tulisan Beliau Seperti di Bawah

Emak dari pagi tadi tak habis2 kata ” Wan kau jaga emak tiap2 bulan emak dapat pencen ayah dan duit hasil Felda minyak sawit emak kasi la kau sikit ya”.. Just as are watching CNN TalkAsia with Tun M she said it again. So saya terus tangkap kaki emak dan mula picit2 dan urut dia sambil mengampu dia! Look at her reaction la its so funny.

She said this once to my other sister hari tu. Omg inmediately she snapped at my mother and said to her ” Eh emak ni nyanyuk ke Wan ni dah hidup senang emak nak kasi dia duit bulan2? Lebih baik la emak kasi aku ini!”. I laughed at her respond but will not answer back. Di dalam hati saya berkata this is so typical of some sibbling behaviour. Time nak jaga or menjengok ibu tu haram tak nampak. Di tolak mcm bola lagi ada. Tapi duit punya pasal terus sentap mcm lah saya kebuluk harta emak ni pun. Selama ini satu sen pun saya tak pernah ambil dari ibu saya. Malahan each month i make sure she get rm3000 allowances from me pun. Her medical expenses semua saya juga yg menanggung. Adoi harta saya pun cukup makan lah.


Kredit : Instagram chef Wan

Itu sebab rezeki saya sejak muda lagi melimpah ruah sampai la saya tua ini kerana menjaga ibu dan bapa saya mau pun sentiasa menolong saudara mara mau pun anak2 yatim dan bantuan2 masjid yg saya dahulu kan bila ada rezeki berlebihan. Bukan saya nak cakap besar tetapi ini ada la kenyataan yg sebenarnya. Tetapi manusia ini instead of being inspired and learning from us ini tidak depa bersikap batu api lagi ada.

Seorang ibu yg tua bukan bodoh apabila melihat kejujuran hati seorang anak yg menjaga kebajikan ibunya pun. Anak seperti saya pula tak kan mengharap apa2 balasan pun dari Ibu saya yg tua ini melahan saya akan sentiasa berkorban apa sahaja untuk membahagia kan dia selama dia hidup diatas dunia ini. Off course i will never accept any money from my mother pun.


Kredit : Instagram chef Wan

Jika dia meninggal pun saya tak akan ambil satu sen pun duit beliau malahan saya agih2 kan pada adik2 yg lain lagi ada. Bukan banyak mana pun! Kita ni bukan tamak berebut harta pun as selama saya hidup ini Allah sudah puas kan hidup saya ini dengan segala kemewahan mau pun kesusahan and i am so evergrateful.


Kredit : Instagram chef Wan

Begitulah nukilan hati Chef Wan yang kami kongsikan untuk pembaca. Beruntungnya ibu Chef Wan memiliki anak yang dapat menjaganya ketika hari tua. Seorang ibu tidak memandang harta dan duit untuk dia bahagia. Cukup mempunyai anak-anak yang mengingatinya dan menjaganyanya semasa dia hidup.

Apa Pendapat Anda?

Silakann SHARE Dan Semoga Bermanfaat.

Sumber : Instagram Chef Wan