” Satu hari saya ajak perempuan itu makan di rumah, suami balik kerja awal.. “

” Masa tengah makan tu saya perasan mereka main mata tapi saya tak nak bur0k sangka pada suami. Tapi naluri isteri selalunya betul.. “

Saya dah berkahwin 5 tahun, anniversary baru jek bulan 8 hari tu. tapi sekarang saya dan suami dalam proses percer4ian. Awal tahun lepas kami beli rumah baru. perempuan tu bahagian customer service, apa yang berkenaan kerosakan di rumah kami akan beritahu dia.

Dari situ kami rapat sebab selalu berurusan dengan dia. Saya jadi kawan dia sebab dia cakap die perantau jadi tak ramai kawan di sini. Suami selalu balik lambat jadi saya selalu ajak dia pergi jalan-jalan, tengok wayang, kalau saya masak, ajak dia makan di rumah.

Sampai la satu hari saya ajak dia makan di rumah, suami balik kerja awal. Jadi kami makan bertiga. Masa tengah makan tu mereka main mata tapi saya tak nak bur0k sangka pada suami. Tapi naluri isteri selalunya betol.

Saya tak nak mereka jadi lagi rapat, bermula hari tu saya da tak rapat lagi dengan dia. Ada contact tapi tak sekerap dulu. Sampai la awal bulan 4 tahun ni suami kant0i whatsapp bersayang dengan dia.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Saya keluar dari rumah dengan izin suami untuk elakkan pergad0han. Saya tanya perempuan tu kenapa buat saya macam ni ? Dia cakap dia banyak tolong suami saya jadi dari situ dia suka suami saya. Suami saya bekerja sendiri. jadi dia banyak tolong carikan pelanggan dan bagi pinjam modal.

Saya tunggu suami cari saya tapi dia tak cari langsung. Esoknya saya balik ke rumah, pada mulanya suami layan saya macam biasa. Tapi masuk hari ke 2 dia abaikan saya, diam, tak berbual, kami macam orang asing. Berulang kali saya tanya suami masih contact lagi dengan perempuan tu atau tidak, dia cakap tak.

Seminggu lepas tu saya whatsapp perempuan tu minta dia tinggalkan suami. Saya masih hormat dia sebagai kawan, saya cakap baik-baik. Dia bersetuju untuk tinggalkan suami saya. Malam tu saya h4ck whatsapp suami, esok pagi tergerak hati nak tengok whatsapp suami.

Rupanya mereka masih lagi contact, siap berlakon balik rumah, padam semua whatsapp, esok pagi contact balik. Siap bersayang dan nak lunch sama-sama padahal dah berjanji dengan saya semalamnya.

Petang tu saya ajak perempuan tu berjumpa, saya bagi kata put0s, kalau suami pilih saya, tolong pergi dari hidup kami, kalau suami pilih dia, saya akan pergi dari hidup mereka. Dia setuju, suami datang dan pilih saya.

Saya percaya perempuan tu akan tinggalkan suami, tapi bukti satu persatu keluar Allah s.w.t tunjukkan pada saya, berulang kali juga suami cakap dia dah tak berhubung dan berulang kali juga saya minta perempuan tu tinggalkan suami.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Dia cakap suami yang cari dia di pejabat, dia dah block suami dan saya sekali. Saya sampaikan minta tolong kawan dia sampaikan pada dia tolong tepati janji dia pada saya. Dia mengadu pada suami, saya sengaja jat0hkan maruah dia pada kawan dia.

Padahal saya cakap baik-baik. Sikit pun tak kasar. Berulang kali juga saya tanya suami masih berhubung lagi ? Dia cakap tidak. Perempuan tu dah bl0ck, saya percaya.

Sampai la baru-baru ni saya tergerak hati nak hack balik whatsapp suami, saya dapat bukti yang mereka masih whatsapp bersayang lagi. Saya ajak suami berbincang, suami cakap dia tak boleh tinggalkan perempuan tu, ada sebab dia sendiri dan disebabkan saya tak nak bermadu, dia akan lepaskan saya.

Walaupun dia masih sayangkan saya katanya dia tak nak saya terus terseks4 sebab dia memang tak kan tinggalkan perempuan tu. Berulang kali dia cakap perempuan tu baik sangat dengan dia. Dia cakap saya isteri yang terbaik, dia tak tahu kalau dia kahwin dengan perempuan tu, layanan sama atau tak dengan saya. Tapi dia redha sebab ni balasan dia buat saya menderita selama ni.

Selama ni saya bersabar sebab saya berharap suami akan sayang saya seperti dulu. Orang yang tahu cerita kami cakap saya kuat sebab masih bertahan tapi sebenarnya saya tak kuat. Saya takut saya tak kuat untuk hidup tanpa dia.

Saya sayang dia sangat tapi untuk bermadu, saya tak sanggup sebab saya seorang yang kuat cemb0ru. Saya masih mengharapkan keajaiban suami akan kembali pada saya dan tinggalkan perempuan tu.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Sekarang perempuan macam ni da tak fikir suami kawan atau siapa pun. Yang penting dia ada pasangan. Saya mengharapkan doa kalian agar ada keajaiban untuk saya dan suami atau doakan agar saya terus kuat dan cekal hati untuk hidup tanpa suami selepas ni. Terima kasih.

Apa pendapat anda?

Silakan SHARE dan semoga bermanfaat..

Sumber : KRT / Dikemaskini oleh Berita Kopak