“Jangan sesekali minta maaf. NEVER. Saya tidak akan terima… lihat sahaja bagaimana Hero kita berjuang demi memartabatkan nama baik negara tercinta…”- SYED SADDIQ

“Jangan sesekali minta maaf. NEVER. Saya tidak akan terima… lihat sahaja bagaimana Hero kita berjuang demi memartabatkan nama baik negara tercinta…”- SYED SADDIQ

Di Instagram beliau, satu video yang dimuatnaik menunjukkan satu video yang sangat mengharukan apabila beliau memujuk pesilat Negara, Jufferijamari yang menarik diri semasa pertandingan di Sukan Asia Di Jakarta.

Beliau yang juga Menteri Belia Dan Sukan hadir pada acara SILAT di Jakarta, dilihat sedang menenangkan pesilat negara tersebut.

Di Video tersebut beliau menulis caption seperti di bawah

Kamu tetap pemenang di mata dan hati kami semua brother @jufferijamari . Jangan sesekali minta maaf. NEVER. Saya tidak akan terima. Kalau ada lagi All-Holy/“saya sentiasa betul”/Armchair unpatriotic critics di Malaysia yang kata para atlet kita take things for granted, lihat sahaja bagaimana Hero kita berjuang demi memartabatkan nama baik negara tercinta.

Saya berdiri teguh bersama anda, pewira kita. Inshaallah, Allah will reward you in many more ways brother.

Bagaimanapun tidak dapat dikenal secara pasti punca pesilat Negara tersebut menarik diri ketika pusingan ketiga pertandingan dan dia dihadiahkan pingat perak. Pesilat dari Indonesia memenangi pingat emas acara berkenaan.

Apapun, kita harapkan semoga pesilat negara kita itu semoga tabah dan bersabar. Anda telah menunjukkan perjuangan yang sungguh tinggi, semoga kejayaan akan menanti beliau di lain masa dan ketika.

Tonton VIDEO Di Bawah


Apa Pendapat Anda?

Silakan SHARE Untuk Cerita dan Berita Menarik!

Sumber : Instagram Syed Saddiq