” Harap Mummy Happy Yer.. ” – Baby Shima Kecut Perut Bila Mas Idayu Jadi Juri Dan Komen Persembahannya Di Big Stage !!

” Harap Mummy Happy Yer.. ” – Baby Shima Kecut Perut Bila Mas Idayu Jadi Juri Dan Komen Persembahannya Di Big Stage !!

Konsert Minggu Ke – 4 Big Stage semalam bertemakan ” Tapi Bukan Aku”. Para peserta perlu menyanyikan lagi di luar kebiasaan mereka. Terdapat pelbagai bahasa lagu yang dipertaruhkan malam tadi seperti lagu Jawa, Jepun, Arab, English, Korea dan lain-lain lagi.

Nasib tidak menyebelahi Sissy Iman apabila tersingkir setelah berada di kedudukan 3 terbawah bersama Tajul dan Ariff Bahrah. Sissy yang sebelum ini yang sentiasa konsistern setiap minggu gagal memberi persembahan yang baik serta mendapat kritikan daripada Mas Idayu, penyanyi asal lagu Senggol – Senggolan Cubit Cubitan.

Faizal Tahir juga mengaku tersalah menggunakan imuniti pada minggu ini kerana beranggapan tiada penyingkiran sekiranya dia menggunakannya. Tetapi Faizal perlu memilih salah seorang daripada 3 peserta yang berada di kedudukan terbawah itu dan Faizal memilih Ariff Bahran berdasarkan jumlah markah tertinggi antara mereka bertiga untuk berlaku lebih adil.

Apa yang menarik sekali malam tadi, apabila Mas Idayu munculkan diri masuk dari pintu belakang penonton dengan menyanyikan lagu Tiada Tangis Lagi, nyanyian asal Ella. Kelihatan semua peserta di belakang stage berasa cemas dengan kehadiran Mummy Mas Idayu yang terkenal dengan kelantangannya bersuara ketika memberi komen.

Sebelum ini juga pernah kecoh, apabila Mas Idayu pernah memarahi Baby Shima semasa Baby Shima menyertai pertandingan D’Academy Asia Musim ke 3 di Indonesia. Video Baby Shima dimarahi Mas Idayu menjadi viral kerana ramai beranggapan Mas Idayu sangat melampau.

“Bagi saya, Mummy Mas Idayu marah dan komen macam itu sebab dia sayang saya. Memang patut pun saya kena marah.

“Saya tak ada masalah dan terima segala teguran. Saya harap netizen jangan salahkan Mas Idayu.

“Saya yang bersalah sebab tak ikut apa yang sudah diajarnya,” kata Shima ketika itu.

Jika anda sudah lupa videonya, boleh tonton di bawah :

Setelah Baby Shima selesai membuat persembahan lagu Mawar Putih Tanda Perpisahan di pentas Big Stage semalam, Astro pula macam sengaja meletakkan giliran Mas Idayu untuk memberi komen persembahan Baby Shima. Baby Shima kelihatan seperti kecut perut apabila Mas Idayu mula memberikan komen.

Baby Shima memberi salam dan bertanyakan khabar Mas Idayu, kemudian berkata ” Harap Mummy Happy Yer.. ” membuatkan Mas Idayu dan penonton ketawa. Ditambah lagi seloroh daripada Sherry Al Hadad dan Aliff Satar lagi menggamatkan suasana dewan.

Jom tonton video penuh di bawah :

Semoga Baby Shima terus sukses di Big Stage dan industri muzik tanah air. All the best..

Article By Berita Kopak