Bila PU Azman Tanya Budak 6 Tahun ‘Adam Dah Ada Makwe?’, Jawapan Adam Buat Netizen Ketawa Berdekah-dekah. Serius Kelakar!!

Bila PU Azman Tanya Budak 6 Tahun ‘Adam Dah Ada Makwe?’, Jawapan Adam Buat Netizen Ketawa Berdekah-dekah. Serius Kelakar!!

Juara Pencetus Ummah (PU) musim ke-2, Azman Syah Alias atau lebih dikenali dengan panggilan PU Azman antara pendakwah terkenal dalam media sosial melalui pendekatan dakwah santai berjaya menarik perhatian golongan muda.

PU Azman rajin membalas persoalan atau komen yang diutarakan dengan lebih santai dengan menyelitkan jenakanya yang tersediri. Jawapan itu buat netizen terhibur sampai ‘menangis’ dibuatnya. Tetapi yang penting, isinya sampai.

Sekiranya anda pengikut PU Azman di Instagram, anda mesti tahu PU Azman merupakan seorang yang kelakar orangnya dan suka sangat bergurau. Bukan orang sahaja disakatnya, kucing pun habis kena ‘kacau’.

” Lama x prank miow. Tapi aku dah manjakan dia balik ya.. “

Lama x prank miow. Tapi aku dah manjakan dia balik ya.

A post shared by PUman (@pu_azman) on

Yang terbaru, melalui akaun Instagram, PU Azman telah memuatnaik satu video. Dalam video berkenaan, PU Azman bergurau dengan seorang budak yang berusia 6 tahun bernama Adam. PU Azman bertanyakan Adam sama ada Adam sudah ada makwe atau belum.

Adam dengan selamba cakap sudah ada makwe, namanya Balqis. Tapi alasan Adam bagitahu tak sayang makwenya itu buat netizen ketawa berdekah-dekah. Alahai Adam, baru 6 tahun memilih juga rupanya. Hehehe. Biasalah budak-budak, dia pun mungkin tak faham makwe itu apa.

Jom layan video penuh di bawah :

” Si Adam yang enam tahun. Haha.. “

Si Adam yang enam tahun. Haha.

A post shared by PUman (@pu_azman) on

Rata-rata netizen terhibur dengan telatah Adam yang comel itu. Antara komen-komen netizen :

adamdanishshah : “ada awek tapi tak sayang sebab tak lawa” hahaha kalau ckp lawa dah kene sebat dah tuu

nrzulaika.nadia : Amboi adam hang tunggu naaa hang punya makwe 15 16 tahun lagi time tu baru hang tauuuuu

russian.anastasialuwang : jujur budak ni ustaz.. haha

nsyahirahi : Saya rasa “makwe” bagi adik adam ni adalah kwn baik dia kot.. Haha. Comel la..

aini.aa_ : “bukan cantik sangat pun” aahahahahhaahah eee geram betul budak ni

puteriwalid99 : Dia bukan cantik sangat pn hahahah adush

junnafiore : jawapan yg ikhlas betul ye Adam …ha..ha..

eima2328 : Adehhh xleh tahan dengar jawapan dia… Jujur sungguh jawapan mu dik

Alahai Adam serius kelakar, kesian tau kat Balqis tu. Boleh pula Adam cakap dia tak cantik. Kecik-kecik comot ler Adam. Tunggu besar sikit, baru lah cun bila dah pandai melawa. Apa-apa pun Adam masih budak lagi. Jangan nak makwe-makwe sangat ok. Belajar dulu tau. Hehehe 🙂

Sumber : IG PU Azman