Aksi Anak Saharul Ridzuan Makan Dan Minum Sambil Terlelap Buat Ramai TERHIBUR. Alahai Serius Comel !!

Aksi Anak Saharul Ridzuan Makan Dan Minum Sambil Terlelap Buat Ramai TERHIBUR. Alahai Serius Comel !!

Pasangan Saharul Ridzwan dan Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir atau lebih dikenali dengan panggilan Deena Emir telah berkahwin pada bulan September 2016. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang comel pada bulan Jun 2017 bernama Muhammad Luth Ali.

Kini usia Ali sudah setahun lebih. Ali mempunyai pengikut sendiri di laman instagramnya iaitu Kisah Ali. Setakat ini Ali mempunyai seramai 156 ribu pengikut di instagramnya. Difahamkan akaun instagram ini dikendalikan oleh ibunya, Deena Emir.

Yang terbaru, menerusi akaun instagram, Deena Emir ada memuatnaik satu video sedang menyuap Ali makan dan minum. Yang menariknya, Ali makan dan minum sambil terlelap akibat mengantuk yang teramat sangat. Aksinya yang comel itu membuatkan netizen terhibur menonton telatahnya itu.

Alahai Ali, mengantuk sangat ke tu ? Kesian Ali nak tidur, mama suruh makan yer. Mama takut Ali lapar tu sebenarnya.

Jom tonton video penuh di bawah :

“ I tak tahan daaaaahhhh……”

“I tak tahan daaaaahhhh……”

A post shared by Nama saya Muhammad Luth Ali (@kisah.ali) on

Rata-rata netizen terhibur dengan aksi Ali yang comel ini. Antara komen-komen netizen :

ellieyantiii_ : Hehe bagus eh Ali, sleepy but tk nngis2 marah nk sleep pun, malah boleh still sit down and tetap makan juga.. my boy kalau sleepy but belum makan lagi so have to still try dudukkn dia utk makan juga, mesti da nngis2 angkat tgn la tolak badan pakai kaki nk try keluar..and akan berpaling2 muka tknk mkn

syiramzul_02 : Ngantuk2 pun comel jugak Ali ni…. Geramnyaa..

nick_ain_azmi : @kisah.ali ya Allah.. mengantuk sgt da tu… mommy suruh mkn dlu ye baru tido… soooo cute lah ali ni…moga jd ank yg soleh ye syg…

marr_ulfah : Cutenyaaaa Ali.. mummy ni sian ali hahahaha

zuliasyzn_ : Ya Allah lawak nya hahahahaha struggle mama dia nk bg makan

shafinnnaz : Geram la tengok ali nih !! Comel sangat … tu la mummy suh tido tak mau.

Kami di Berita Kopak mendoakan Ali membesar dengan sihat dan menjadi insan yang berguna kepada ibu bapa, keluarga, agama, bangsa dan negara. Semoga Ali berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi di dunia dan juga berjaya di akhirat.

Anak korang pernah tak tertidur masa makan macam ni ? Kalau ada, kongsikan cerita di komen yer.

Sumber : IG Kisah Ali by Berita Kopak