” Sebab kau b0d0h, sebab kau buruk, sebab kau selekeh.. ” – Zara Zya dikutuk netizen. TAK SANGKA Ini Respon Zara Zya !!

” Sebab kau b0d0h, sebab kau buruk, sebab kau selekeh.. ” – Zara Zya dikutuk netizen. TAK SANGKA Ini Respon Zara Zya !!

Sebelum ini, aktres Zara Zya pernah mendedahkan dirinya menjadi mangsa buli netizen di laman Instagram.

Menerima direct message (DM) yang mengecam hubungan cintanya bersama aktor Hafreez Adam, nampaknya Zara masih lagi menjadi mangsa netizen tidak beradab.

Terbaru, Zara memuat naik sekeping foto dirinya mengenakan baju kurung sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Takde sape nak beraya dgn saya. Ok sekian.. ✌🏼

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

“Takde sape nak beraya dgn saya. Ok sekian,” seloroh Zara di bahagian kapsyen.

Di ruangan komen, ada seorang netizen yang menggunakan nama Azlida Osman (@azlidaosman) menggelarkan pelakon itu dengan panggilan bodoh, buruk dan selekeh.

“Sebab kau bodoh, sebab kau buruk, sebab kau selekeh. So tak ada siapa nak beraya dengan kau,” tulis Azlida.

Seakan mahu memberikan pengajaran terhadap perilaku biadap Azlida, Zara memaparkan komen tersebut di sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.

Kalau depan2, berani tak cakap mcm ni wahai @azlidaosman

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

“Kalau depan-depan, berani tak cakap mcm ni wahai @azlidaosman,” tulis Zara.

Rata-rata peminat Zara turut berang dengan komen tersebut yang disifatkan sebagai biadap.

 

Ada juga peminat yang memohon agar pelakon drama bersiri Monalisa ini tidak melayan komen terbabit.

Foto: Instagram Zara

Sumber : Gempak.Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *