Kanak-kanak Ini Sedih Kerana Tiada Kawannya Yang Datang Menyambut Harijadinya, Tetapi Sebulan Selepas itu Sesuatu Berlaku..

Kanak-kanak Ini Sedih Kerana Tiada Kawannya Yang Datang Menyambut Harijadinya, Tetapi Sebulan Selepas itu Sesuatu Berlaku...

Pesta harijadi bagi kanak-kanak mungkin adalah acara mengembirakan paling dinantikan oleh mereka.

Bagaimana tidak, kanak-kanak akan mendapatkan hadiah dan boleh bermain bersama rakan sebaya mereka dengan sepuasnya.

Max, kanak-kanak dari Houston, Texas mengundang rakan-rakan sekelasnya untuk merayakan ulang tahun yang ke-7 pada 29 Jun 2018 lalu.

Ibunya, Susann, sengaja menyewa tempat di taman permainan supaya anaknya dan rakan-rakan dapat bermain sepuasnya.

Sebaliknya berlaku, Max merasa sedih kerana hanya seorang rakannya yang datang.

Rakan sekelasnya itu membawa adiknya untuk memeriahkan harijadi Max


Max (Daily Mirror)

Namun sayang, Max merasa kecewa kerana pesta harijadinya tidak meriah.

Dipetik dari The Mirror, Isnin (20/8/2018), Susann kemudian menelefon radio tempatan The Buzz untuk menceritakan kekecewaan Max disebabkan rakan-rakan Max tidak hadir ke pesta harijadinya.

Dia bertuah, seorang di antara pendengar radio The Buzz adalah Brandi Coatsworth.

Brandi merupakan ahli dari komuniti cosplay tempatan bernama Houston Cosplay for Charity.

Wanita berusia 41 tahun ini dikenali kerana sering mengenakan kostum Wonder Woman untuk menarik dana amal di kawasan Texas.

Dia bersama Deadpool, Captain America, Batman, dan Catwoman menghubungi Susann untuk memberi kejutan bagi Max.


Superhero yang datang di pesta harijadi Max. (Daily Mirror)

Brandi dan Susann membuat rancangan akan menyelenggarakan pesta harijadi kedua Max pada 29 Julai 2018 yang lalu.

“Sesiapapun yang kenal Max dan kisah harijadinya, pasti akan merasa sedih. Dia adalah anak yang hebat dan baik. Sangat mengecewakan melihat anakmu bersedih kerana rakan-rakannya tidak datang ke pesta harijadi,” kata Susann.

“Ketika stesen radio mengirimkan e-mail Brandi pada saya, saya sangat terkejut. Saya tidak mengira perkara seperti ini akan terjadi,” lanjutnya.

Susann menambahkan dia sama sekali tidak berniat untuk mencari perhatian ketika menceritakan kisah Max di The Buzz.

Kenyataan Susann mendapat e-mail dari Brandi membuat ia tersenyum dan merasa bahagia.

Max terkejut saat melihat superhero datang memberikannya kejutan. (Daily Mirror)

Di hari perayaan harijadinya yang kedua, Max menunjukkan reaksi luar biasa ketika mengetahui ramai pahlawan super datang.

Melalui foto yang ditunjukkan Susann, senyuman besar dan wajah terkejut terlihat jelas di wajah Max.

Semua pahlawan super yang hadir memberikan pelukan erat untuk kanak-kanak berusia tujuh tahun ini.

Max mendapat pelukan erat dari semua superhero yang datang. (Daily Mirror)

Alasan Brandi dan rakan-rakannya memberikan kejutan pada Max, kerana mereka merasa tidak perlu waktu lama untuk membuat orang lain merasa bahagia.

“Itu hanya perlu sekejap untuk membuat kehidupan orang lebih berwarna,” ujar Brandi.

“Melihat kebahagiaan di wajahnya, itulah alasan mengapa kami melakukannya. Itu membuat hati kami terasa teruja melihat kanak-kanak boleh bahagia,” tambahnya.

Yang membuat saat harijadin Max menjadi sangat istimewa adalah semua pahlawan super melompat memberikan kejutan untuknya.

Max berfoto bersama superhero yang datang ke pesta harijadinya. (Daily Mirror)

Mereka memastikan Max memiliki pesta harijadi terbaik sepanjang hidupnya.

“Semua pahlawan super melompat memberikan kejutan tanpa ragu. Itu semua lebih dari cukup untuk membuat Max memiliki pesta harijadi terbaik,” ungkap Susann.

“Saya mungkin tidak dapat membalas kebaikan mereka,” tutupnya.

Apa pendapat Anda?

Silakan SHARE dan Semoga Bermanfaat

Sumber : The Mirror

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *