Pelanggan Luah Perasaan Tak Puas hati Pada Catering – ‘Elak Guna Catering *******… Makanan Sampai Lambat, Hanya Lori Pengangkut Makanan Je Sampai. Janji 9 Orang Pekerja ‘

Pelanggan Luah Perasaan Tak Puas hati Pada Catering – ‘Elak Guna Catering *******… Makanan Sampai Lambat, Hanya Lori Pengangkut Makanan Je Sampai. Janji 9 Orang Pekerja ‘

Seorang pengguna Facebook yang bernama Abdul Halim Johan meluahkan rasa kesalnya kepada sebuah syarikat perkhimatan catering kerana mendakwa syarikat catering tersebut gagal memenuhi syarat yang dipersetujui dan apa yang telah di bayar.

Menurutnya lagi, pihak tuan rumah juga yang memunggah lauk-pauk dari lori kerana hanya lori catering sahaja yang datang menghantar tanpa pekerja, sedangkan di dalam perjanjian, pihak catering akan menyediakan 9 orang pekerjanya.

Beliau juga telah membuat laporan polis ke atas syarikat catering tersebut.

Baca tulisan beliau di bawah dan lihat gambar dan video seperti yang dimuatnaik bersama status beliau.

Elakkan dari menggunakan perkhidmatan Mahligai Impian Katering Kuantan.

18.8.2018
Pihak katering mahligai impian Kuantan tidak menetapi syarat seperti yg dipersetuji dan apa yg telah kami bayar pada majlis pernikahan adik ipar saya.


Sumber Gambar dari Facebook Abdul Halim Johan.

1. Lauk pauk sampai lambat iaitu pada jam 12.30 tghari sedangkan majlis berlangsung pada jam 11.00 pg. Ada antara tetamu balik setelah mengetahui perkara tersebut.

2. Kami pihak tuan rumah terpaksa menurunkan semua lauk pauk dari lori kerana tiada seorang pun pekerja catering yang datang. Hanya pemandu lori sahaja yg datang menghantar lauk pauk tersebut. Sedang telah dipersetujui dlm perjanjian, pihak mahligai katering kuantan menghantar 9 org pekerjanya.

Kami pihak tuan rumah terpaksa serve segala lauk pauk dan hidangan kepada tetamu dan tetamu dpt menikmati hidangan lebih kurang pukul 1 tghari.

Kami pihak tuan rumah terpaksa jadi “org penanggah”.


Sumber Gambar dari Facebook Abdul Halim Johan.

3. Panggilan telefon berpuluh kali dibuat kpd pihak katering tetapi tidak berjawab dan watsap juga tidak berbalas.
Pagi td pihak katering membalas watsap dan hanya meminta maaf. Tiada seorang wakil pun dari pihak katering yg datang untuk berjumpa dgn pihak keluarga kami utk memberi penjelasan atau meminta maaf.

4. Pihak keluarga kami sangat kesal dgn apa yg terjadi dan ia telah menjatuhkan maruah seluruh keluarga kami. Laporan polis telah dibuat semalam dan tindakan susulan akan kami lakukan.


Sumber Gambar dari Facebook Abdul Halim Johan.

Begitulah luahan hati beliau ke atas syarikat Catering berkenaan dan pembaca boleh membaca dari sumber asal di Facebook Abdul Halim Johan.

Tonton Video Yang Dimuatnaik di Facebook Abdul Halim Johan Di bawah

Sumber VIDEO dari Facebook Abdul Halim Johan.

 

Sumber VIDEO dari Facebook Abdul Halim Johan.

Apa pendapat Anda?

Silakan SHARE Dan Semoga Bermanfaat

Sumber : Facebook Abdul Halim Johan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *