(VIDEO) Sibuk Bercakap Dengan Handphone, Anak Ini Merampas Handphone ayahnya Dan Melempar Ke laut!

(VIDEO) Sibuk Bercakap Dengan Handphone, Anak Ini Merampas Handphone ayahnya Dan Melempar Ke laut!

Bukan perkara yang luar biasa jika ada ibubapa yang sanggup mengabaikan anaknya hanya kerana handphone. Bahkan, ada anak yang hampir kehilangan nyawa kerana terlalu fokus pada handphone.

Tetapi, sebuah video pendek yang dimuat naik di Instagram ini menunjukkan perkara sebaliknya. Bukan anak yang menjadi mangsa kerana bapanya lebih fokus pada handphonenya. Kelihatan, anaknya yang melakukan perkara yang tidak disangka sebagai bentuk protes pada bapanya.

Merasa diabaikan oleh bapanya yang sibuk berbual dengan orang lain di handphonenya, membuat anaknya marah dan protes kepada bapanya.

Bukan menangis atau marah-marah kepada bapanya, tetapi melakukan perkara yang mengejutkan bapanya.

Dengan tiba-tiba, dia merampas handphone yang sedang digunakan ayahnya dan kemudian membalingnya ke tengah laut.

Kelihatan, bapanya dalam video tersebut adalah seorang pemuzik Rusia, Timati, dan anaknya yang bernama Alisa. Peristiwa itu berlaku ketika mereka sedang bercuti di atas kapal pesiaran di Saint-Tropez, Perancis.

Walaupun video ini sepertinya memang sengaja dibuat, tetapi ianya berjaya menarik perhatian netizen. Ini terbukti sejak videonya dimuatnaik, telah ditonton oleh lebih dari lima juta kali. Dari video ini memang ada pelajaran yang boleh kita ambil. Iaitu, supaya kita boleh lebih menghargai keluarga berbanding sibuk dengan handphone.

Tonton VIDEO Tersebut Di Bawah ini

Apa Pendapat Anda?

Silakan SHARE Dan Semoga Bermanfaat

Sumber : Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *