” Tengok yer, ini semua anak-anak saya, macam PENGEMIS.. ” – Dato’ Aliff Syukri dikecam kata anak macam PENGEMIS !!

” Tengok yer, ini semua anak-anak saya, macam PENGEMIS.. ” – Dato’ Aliff Syukri dikecam kata anak macam PENGEMIS !! Tonton video penuh di bawah..

Hujung minggu baru-baru Dato’ Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida berada di Singapura kerana ada expo jualan di sana. Dato’ Aliff dan Datin Shahida turut membawa anak-anak mereka ke sana.

Menerusi akaun instagram, Dato’ Aliff Syukri ada memuatnaik satu video mereka keluar untuk sarapan pagi di kawasan bandar di Singapura dengan memakai baju tidur sahaja. Nur Sajat juga turut kelihatan bersama mereka sekeluarga.

Dalam video berkenaan, Dato’ Aliff mengatakan anak-anaknya seperti pengemis. Mungkin niat Dato’ Aliff hanya untuk bergurau tetapi ramai netizen mengecam beliau.

Jom tonton video di bawah :

” Mcm nilah kami di bila di luar negara.. galmer tak ?? ” (typo dengan Dato’ Aliff memang tak dapat dipisahkan. Hehe)

Rata-rata netizen mengecam Dato’ Aliff cakap anaknya macam pengemis. Admin rasa Dato’ Aliff tak berniat nak maksudkan, cuma kata-kata itu kurang sesuai diperkatakan oleh seorang bapa. Baca komen-komen netizen di bawah :

natasha.nafiann : Aku takde la kaya. Tapi mampu la pakai elok2 nak keluar

_eyna.meen : mcm pengemis die kata..mungkin dr hati dato xckp die pengemis tp kata2 seorang bapa tu doa yer….kot nk bergurau pon

harissz12 : Kesian dpt bapak mcm ni ..kata anak pegemis bhs yg indah ..

abam_soda : menganjing lebih dato ni..saja nak bagi org membawang kan..hahaha

salwa__mohamad : Jgan cakap anak2 pengemis, Dato @aliffsyukriterlajaklaris. Kata2 satu doa, apa tah lagi ibubapa yg panggil mcam tu. Panggillah kata2 yg baik, bertuahnya anak atau apa2 saja sebutan kata2 yg baik. Maaf Dato, jika teguran ni membuatkan hati terguris

sweetdiah72 : Adoi ingatkan org China je yg dtg spore selekeh jln merata pakai baju tidur rupanya datuk & sajat yg kaya raya pun hobby gitu… datuk fyi org singapore nak turun flat untuk ke kedai pun pun bergaya tau datuk ada yg siap pakai make up & dan ber sunglass lagi lah datuk aru lah org kata walk with style…

Sebagai ibu bapa, berkatalah yang baik-baik dan elok-elok sahaja pada anak-anak. Kita juga jadi contoh kepada anak-anak. Kata-kata itu merupakan doa. Mungkin niat Dato’ Aliff Syukri untuk bergurau sahaja. Tapi awas, anak kita memerhati sikap dan percakapan kita.

Sumber : IG Dato’ Aliff Syukri