” Tidak Perlulah Ditanya Status Mereka Sah Ke Tak. Yang Pasti, Mereka Tak Berdosa. Mereka Dilahirkan Ibarat Kain Putih.. ” – Abby Abadi

” Tidak Perlulah Ditanya Status Mereka Sah Ke Tak. Yang Pasti, Mereka Tak Berdosa. Mereka Dilahirkan Ibarat Kain Putih.. ” – Abby Abadi. Tonton Video Penuh Di Bawah

Bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi menasihati ibu bapa yang ingin mengambil anak angkat supaya tidak mempertikaikan status anak tersebut.

Menerusi entri di Instagram (IG), Abby mengakui dia sedia membantu dan memberi pertolongan pada individu yang mempunyai anak tidak sah taraf.

“Alhamdullillah syukur Allah permudahkan segalanya. Mana-mana adik, kakak, ibu yang sedang mengandung dan akan melahirkan tapi tak berkemampuan untuk menjaga baby tu, cari saya.

“Dimana saja, saya sedia membantu. Jangan dibuang, jangan dibunuh atau sebagainya ye adik dan kakak ye. Ada jalan penyelesaiannya. Janganlah kesilapan kita hingga menidakkan hak mereka. Mereka juga berhak untuk hidup diatas muka bumi Allah ini.

“Untuk anak-anak yang dicarikan ibu bapa penjaga ni, tak perlulah ditanya status mereka kerana 1001 macam masalah dalam dunia ni. Tak tertulis kat sini.

“Yang pasti, sah ke tak sah, mereka tak berdosa. Mereka dilahirkan ibarat kain putih. Kitalah yang bertanggungjawab menjaga mereka untuk menjadikan mereka ni beragama/kenal Allah atau sebaliknya,” tulisnya.

Salam Jumaat 😍 . Kes tadi dah selesai ye. Alhamdullillah syukur ALLAH permudahkan segalanya 😍 . Mana2 adik, kakak, ibu2 yg sedang mengandung, yg akan mlahirkan tapi tak berkemampuan utk menjaga baby tu, cari Sy. Dimana saja, Sy sedia membantu. Jangan dibuang, jangan dibunuh atau sebagainya ye Adik Kakak ye. Ada jalan penyelesaiannya. Janganlah kesilapan kita hingga menidakkan hak mereka. Mereka juga berhak utk hidup diatas mukabumi ALLAH ini . Satu lagi: Untuk anak2 yg dicarikan ibu bapa penjaga ni, tak perlulah ditanya status mereka. 1001 mcm masalah dlm dunia ni.. tak tertulis kat sini Yg pasti, sah ke tak sah, mereka tak berdosa. Mereka dilahirkan ibarat kain putih. Kitalah yg bertanggungjawab menjaga mereka utk mnjadikan mereka ni beragama/kenal ALLAH atau sebaliknya.. Wallahuallam. Sekian. Okbai 😘

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Sebelum ini, Abby dan suaminya, Muhammad Faizal mengambil dua orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia.

Abby pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim dan mempunyai tiga iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10.

Selepas bercerai dengan Abby, Norman berkahwin dengan pelakon Memey Suhaiza dan mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 5, Muhammad Dikhriz Hakim, 3 dan Mikayla Delisha Hakim yang baru sahaja dilahirkan.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Foto: Instagram Abby

Sumber : Gempak.Com