Gara-Gara Salon Guna Gam Gajah Untuk Pasang Bulu Mata Palsu, Kelopak Mata Wanita Ini Tidak Dapat Di Buka!

Gara-Gara Salon Guna Gam Gajah Untuk Pasang Bulu Mata Palsu, Kelopak Mata Wanita Ini Tidak Dapat Di Buka!

Kejadian yang jarang berlaku, terjadi ketika seorang wanita di Phuket, Thailand sedang melakukan proses memasang bulu mata palsu.

Dipetik dari Bastille Post, pada Jumaat (10/8), seorang wanita tersebut pergi ke Salon Kecantikan di Phuket untuk memasang bulu mata palsu. Selepas melakukan cantuman bulu mata, wanita itu pulang ke rumahya.

Tetapi tidak lama kemudian, dia terasa ada sesuatu yang tidak kena pada matanya. Kelopak mata wanita tidak boleh dibuka.

Seperti ada pelekat yang membuat kelopak matanya tidak dapat dibuka. Wanita itu kemudian pergi ke salon lain yang dikenali sebagai Fara Saloon untuk mengetahui apa yang berlaku.

Pemilik salon itu Fara kemudian berkata matanya tidak dapat dibuka kerana gam bulu mata palsu terlalu kuat.

Kemudian Fara cuba ‘melepaskan’ bulu mata wanita tersebut. Dalam rakaman video dapat dilihat bagaimana proses itu.

Dengan menggunakan semacam alat khas pemotong bulu mata, Fara dengan hati-hati memotong habis bulu mata palsu wanita malang itu.

Malah bulu mata yang asli juga terpaksa dipotong. Selepas itu, Fara mendapati bahawa gam yang diletak pada bulu mata wanita tersebut adalah gam dari gam jenama super yang dikenali sebagai Gam Biru Gajah yang merupakan gam untuk perabot rumah.

Fara segera menasihati wanita itu untuk pergi ke doktor untuk kebaikannya sendiri.

Fara mengaku selama 10 tahun kerjayanya di dunia kecantikan baru kali ini dia menemui kejadian seperti itu.

“Pelanggan ini (mangsa) selalu berharap bahawa saya boleh mencabut semua bulu mata yang melekat di matanya secepat mungkin. Itu sangat menyakitkan dan tidak selesa,” kata Fara

Tonton VIDEO Penuh Di Bawah

Apa Pendapat Anda?

Silakan SHARE Dan Semoga Bermanfaat

Sumber : Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *