Senarai Pemenang Anugerah Telenovela 2018. Tahniah Kepada Semua Pemenang !!

Senarai Pemenang Anugerah Telenovela 2018. Tahniah Kepada Semua Pemenang !!

KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin membuat kejutan apabila membolot kesemua trofi menerusi kategori popular Anugerah Telenovela 2018 yang diadakan di Plenary Hall Convention Centre (KLCC) pada malam Sabtu.

Dua drama lakonan pasangan suami-isteri itu, Hero Seorang Cinderella dan Wanita Terindah masing-masing membawa pulang trofi menerusi kategori Novel Popular dan Telefilem Popular.

Mereka juga menyapu bersih anugerah Pelakon Lelaki Telenovela Popular, Pelakon Wanita Telenovela Popular, Pelakon Lelaki Telefilem Popular dan Pelakon Wanita Telefilem Popular.

Bagaimanapun kedua-dua mereka tidak hadir pada acara itu.

Sementara itu, aktres Emma Maembong dianugerahkan sebagai Ratu Telenovela Serba Dinamik 2018 untuk tahun kedua berturut-turut.

Emma Maembong menang dua trofi termasuk Ratu Telenovela Serba Dinamik 2018.

Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 26, turut memenangi anugerah Pelakon Serba Dinamik dan Komited 2018 menerusi Awak Suka Saya Tak dan filem Kimchi Untuk Awak.

Pada malam kemuncak anugerah tersebut, sebanyak 43 kategori dipertandingkan melibatkan 32 drama atau telenovela, empat telefilem dan lima filem popular yang diangkat daripada novel atau karya yang dibukukan.

Manakala pelakon yang membintangi filem Kau Yang Satu, Izara Aishah menerima anugerah Pelakon Wanita Filem Terbaik dan manakala pelakon Jalil Hamid memenangi sebagai Pelakon Lelaki Filem Terbaik.

Pelakan Aeril Zafrel dan Siti Saleha memenangi anugerah Pelakon Lelaki dan Wanita Telenovela Terbaik menerusi drama bersiri Mandotori yang turut dinobatkan sebagai Telenovela Terbaik.

Anugerah Tokoh Lagenda yang terdiri daripada Primadona Telenovela diberikan pada pelakon Fauziah Datuk Ahmad Daud.

Datuk Abdul Rahim Mohd Razali pula diberikan trofi Seniman Lagenda selain produser, Othman Hafsham serta dan Datuk Rosnani Jamil menerima anugerah Tokoh Seniman dan Seniwati.

Anugerah Telenovela 2018 dihoskan oleh Cody Tan dan Natasha Charmaine.

Malam gilang-gemilang itu dihiburkan dengan persembahan daripada Asfan, Ippo Hafiz, Firman Hyper Act dan Neera Azizi.

Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Telenovela 2018;

Ratu Telenovela Serba Dinamik – Emma Maembong

1. Kategori Popular

  • Novel Popular – Wanita Terindah
  • Telenovela Popular – Hero Seorang Cinderella
  • Telefilem/Filem Popular – Wanita Terindah
  • Pelakon Lelaki Telenovela Popular – Fattah Amin
  • Pelakon Wanita Telenovela Popular – Nur Fazura
  • Pelakon Lelaki Telefilem/Filem Popular – Fattah Amin
  • Pelakon Wanita Telefilem/Filem Popular – Nur Fazura

2. Kategori Terbaik

  • Novel Adaptasi Terbaik – Dia (Terbitan Karyaseni Sdn Bhd)
  • Novelis Terbaik – Syamnuriezmil (Perempuan Paling Bahagia)
  • Novel Terbaik – Perempuan Paling Bahagia
  • Telenovela Terbaik – Mandatori
  • Pelakon Lelaki Telenovela Terbaik – Aeril Zafrel
  • Pelakon Wanita Telenovela Terbaik – Siti Saleha
  • Pengarah Telenovela Terbaik – Razaisyam Rashid
  • Penulis Skrip Telenovela Terbaik – Alfie Palermo, Yasmin Yaacob, Na’a Murad, Khairul Nizam Ablah, Ashraf Zain, Shamaine Othman, Adib Zaini dan Aziz Salim
  • Penerbit Novel Terbaik  – Terbitan Karyaseni Sdn Bhd
  • Lagu Tema Telenovela Terbaik – Bahagia Kasihmu (Ippo Hafiz)
  • Filem Terbaik – Tombirou: Penunggu Rimba
  • Pelakon Lelaki Filem Terbaik – Jalil Hamid
  • Pelakon Wanita Filem Terbaik – Izara Aishah
  • Pengarah Filem Terbaik – Seth Larney
  • Penulis Skrip Filem Terbaik – Yasmin Yaakob & Choong Chi Ren
  • Lagu OST Filem Terbaik – Ribut Hati (Aina, Tombirou: Penunggu Rimba)
  • Telefilem Terbaik – Srengenge
  • Pengarah Telefilem Terbaik – Mahuddin Ibrahim
  • Penulis Skrip Telefilem Terbaik – Wan Mahani Wan Hassan
  • Pelakon Kanak-Kanak Telenovela Terbaik – Nik Adam Mika
  • Pelakon Kanak-Kanak Filem Terbaik – Mohd Arif Abdullah (Jibam)
  • Pelakon Kanak-Kanak Telefilem Terbaik – Zara Sophia
  • Pelakon Veteran Filem Terbaik – Bohari Ibrahim
  • Lakonan Sokongan Mantap – Zarynn Min
  • Pelakon Serba Dinamik dan Komited – Emma Maembong
  • Stesen Penyiar Telenovela Prolifik – Astro
  • Penerbit Telenovela Prolifik – Global Station
  • Peneraju Penulisan Skrip Adaptasi Novel ke Telenovela – Rozie Ashid

3. Anugerah Khas

  • Primadona Telenovela – Fauziah Datuk Ahmad Daud
  • Seniman Lagenda – Datuk Abdul Rahim Mohd Razali
  • Tokoh Seniman – Othman Hafsham
  • Tokoh Seniwati – Datuk Rosnani Jamil
  • Tokoh Industri Kreatif – Bekas Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) Datuk Kamil Othman

Sumber : Mstar